fadz tonton filim
Aci Baca Sajak (stdr: Abdullah Jones)
Ini adalah pilihan filem paling “standout” buat aku pada malam itu, benar-benar mengejutkan aku dari kiri dan kanan. Satu rakaman dibuat, dan penjual jalanan dan orang lalu-lalang diminta untuk membaca sebuah “prosa pendek” yang berjiwa lucah. Menggelikan, kerana mereka membacanya dengan penuh tekun dan serius (ini mungkin diminta). Abdullah mengenakan segala yang berkait dengan keselesaan dan konvensi. Persoalan aksi seks itu satu-satu hal yang terbahagi daripada agama Islam, dan bagaimana pula dengan sastera terhadapnya dikupas dalam filem ini, dengan imej-imej yang amat mempesona. Satunya, seorang lelaki membaca tekun tentang kekuatan batin, di belakangnya tersedia sacet dan iklan Kopi Janda. Seorang lelaki berkopiah membaca “nafsu seks” di belakang kubah masjid. Persoalan yang terbuka dan tertutup dalam budaya Melayu dan Islam dijajakan, turut hipokrisi yang berlaku di dalamnya (seorang pak lebai mungkin kenal akan seks yang baik, dan bercerita di warung kopi tentangnya, tetapi menyatakannya di media perdana adalah satu hal yang mungkar dan kononnya membawa maksiat). Sebuah filem yang penting dan pilihan peribadi aku buat malam itu.
Kalau saya cakap kamu kata eksyen. Hah!
Dan Fadz,tidak ada siapa yang diminta melakukan apa-apa kecuali membaca "prosa pendek" itu dan ya, mereka semua membacanya dengan tekun dan serius!
dan kamu sangat comel malam itu,nyam! nyam!
Wednesday, November 04, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam abdullahjones, mari kita terus berkarya lukisan, puisi, filem dll da aku sudah siapkan separuh filem kedua, Air mata Pelukis. Didoakan, saudara jua sudah urus filem ke-2.
[Berdiri kat tepi. Bagi laluan kepada AJ. Nak melukis pulak]
Seks macam kopi. Setiap petang nak kena minum.
looking forward.
*memandang ke depan*
Post a Comment