Monday, October 26, 2009

tenaga batin


"saya mahu tipu cina,encik beli,encik-lah yang kena"
-sidin atong,kampong adek-beradek,tasik banding-

"diorang dah pandai sekarang,tak macam dulu"
-tok ggawo aziman,chukai,kemaman-

1930.Satu resolusi telah diputuskan semasa mesyuarat agung cemas tok-tok batin orang asli pada tahun berkenaan.Ketika itu masyarakat orang asli seluruh Malaya mendapati keperluan wang sebagai perantara mendapatkan bekalan makanan adalah amat penting.

Oleh itu,telah diputuskan bahawa genarasi waktu itu harus berlagak bodoh supaya segala hasil hutan mereka dapat dijual mudah. Dengan harga yang murah dan lagak bodoh-bodoh alang,hasil hutan mereka mendapat tempat dikalangan semua golongan.

Tidak sedikit antara kita yang lalu-lalang di tepi lebuhraya suatu masa dahulu mencari-cari akan gerai jualan mereka. Burung dan sarang. Pokok hutan. Anak kera. Babi tunggal. Dan segala macam kerana harga mereka waktu itu jauh lebih murah dari harga pasaran.


2009. Hari ini semua orang pun merungut kerana harga yang dikenakan oleh masyarakat orang asli dikatakan melebihi harga tahun-tahun yang lepas. Seperti banyak perkara, murah dan orang asli kini hanya menjadi kenangan.

Walhal,ini adalah apa yang telah dimaktubkan dalam keputusan mesyuarat agung cemas pada 23/10/1930.Dan masyarakat orang asli tekun melaksanakannya. Perlaksanaan penuh,yakni, masyarakat orang asli akan mula masuk ke pasar-pasar dan pasaraya-pasaraya pula akan bermula pada tahun 2011.

Kita takjub apabila membaca tentang rancangan penaklukan dunia kaum Yahudi,tetapi kita tidak sedar akan rancangan perniagaan kaum asli kita sendiri.



Semua kaum didunia ada rancangan sendiri bagi memajukan diri. Hatta,bangsa bodoh Melayu juga ada rancangannya sendiri. Namun, rancangan bangsa melayu itu terkandas pada perkataan "bodoh" . Mereka rancang,dan laksanakan.Kemudian jual atau biar terbegkalai. Lihat keliling kamu, berapa banyak rancangan yang akhirnya menjadi angan-angan dan kemudian menjadi mimpi ngeri.Buku Hijau, FELDA,MARA,ASPA,MENTIGA dan seribu macam rancangan yang akhirnya hanya menjadi baju kertas Pak Kaduk. Koyak rabak.

Orang Pahang pula duduk dalam senarai paling atas manusia melayu paling bodoh di Malaya. Kemudian kamu lantik mereka menjadi ketua negara kamu. Tiba-tiba Orang Pahang menjadi sedikit cerdik dari kamu.



Sedikit tambahan. Orang Lipis Pahang sedikit lain. Semasa muda mereka adalah rebel. DIY sana,DIY sini. Punk,zine dan segala macam. Sedikit tua,mereka masuk amnu. Tidak ke gila namanya,masuk amnu bila tua. Macam tak mahu masuk sorga lagaknya mereka ini.

21 comments:

cia said...

pemimpin kerajaan malaysia memang nak hancurkan orang yg asli di malaya ni.........mereka tu bukan olang , mereka adalah babibabi yg hina dina.......

tasuke said...

jadi...kenapa babi2 yg mengundi masih mengundi babibabi hinadina itu??

benludin said...

nasib baik keh org lepih yg hampir tua...

ayobkelubi said...

hehehehe, gemor beno kamu ngan org lipis ek?

Anonymous said...

kisah seorang bakal PM yg datang ke R**b, Pahang

Semasa pilihanraya DUN Batu Talam, maka datanglah seorang bakal PM membawa hadiah dengan tujuan untuk menunjukkan betapa prihatinnya bakal PM kepada rakyat2 jelata.

Maka dihadiahkan sebuah basikal kepada seorang orang asli, di hadapan khalayak ramai. Lantas orang asli pun berkata

"Ish Datuk. Org zaman sekarang dah pakai motor dah datuk. Mana pakai basikal lagi"

Merah padam muka bakal PM. Seorang pencacai setia menolong

"ambillah. jangan malukan datuk" katanya setelah melihat bakal PM terkulat-kulat menahan malu.

"Ok. Syaye ambik la, sebab taknak malukan datuk. Tapi saya nak motor jugak" org asli membalas

"Ok2, petang ni kami beri awak motor" pencacai dan bakal PM pun cuba nak blah,tapi sebelum itu

"Kalau syaye tak dapat motor petang ni, saya bagitau semua orang" orang asli mengugut. Peh! memang berani kawan nih.

Maka alkisah seterusnya, diberitakan berolehlah akan orang asli itu kedua-dua motosikal dan basikal pada petang itu juga :)

Bodo punya melayu. Orang bagi beras ambik. Orang naikkan harga minyak redha. Orang tukarkan tempat mengaji kat sebelah masjid jadi restoran cina yg masak segala jenis najis mughallazah pun kamu senyap. Bodoh!

Anonymous said...

aku jumpa orang asli cini yang pakai storm masa kerja buat research undergraduate

jual balak gamaknya

Unknown said...

politik adalah sarkas.

ubilepih said...

aok dengor dah ke Raungan anak belentara keh weh..?

binjidan said...

santau aje sudah deme2 tu doloh, bior nye tauuuuuuuuuuu

tok batinn ggawo boleh keh rasa membuat santau

dugongsenyum said...

kih kih kih

Pa'chik said...

boh jong... kalu nok tupam bjual lukisang buleh?
kat mane molek?? atorang dia guane eh??

elmaaniq said...

Pengalaman sendiri membeli dari mereka di area simpang Belimbing :

"berapa harga"
"lima ringgit"
"tak boleh kurang?"
"boleh. kurangkan buah"

Dan cerita dari bapa mertua,

"mahalnya?"
"nak murah, panjat sendiri"

abdullahjones said...

pa'chik.email saya.

Apa Kau Nak said...

laki saya orang Lepih gak. dia punk. tak masuk amnu. nasib baik.

Hashim Zabidi said...

Revel tu syurgalah. Tak percaya tanya pas.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Keh keh keh...

Lily Lola said...

hehehehe. Good one.

Anonymous said...

temeloh maju sebab orang luor datang kejer ke temeloh. harap ke org temeloh, lama dah kene juai seme mende

hafiz zainuddin said...

hahaha pak dolah. masuk umnu bila da tua memang tak kul langsung. bior bebenor. hahaha

puyol said...

masuk amnu confirm neraka ke? takkan la semua orang melayu tu bodoh?

aziman said...

jom datang kat perkampungan asli sungai pergam, kemaman..diaorang ajak dolahjones karaoke...