Tuesday, June 16, 2009
dua lauk nona gersang
Setiap kali keluar buku baru dari Sindikit Soljah dan Sang Freud Press,yang pertama menjadi tumpuan saya adalah kulit depannya.
Rahsia yang diketahui umum mengenai Sindikit Soljah adalah semua rekabentuk buku-buku terbitan mereka adalah dimonopoli oleh sang jendral mereka. Jika ditakdirkan mereka adalah 'soljah' sebenar, maka harapan sang jendral mereka untuk menjadi diktator adalah besar.
Gaya muka depan Sindikit Soljah biasanya adalah sentimental bercampur pura-pura pop. Tidak adalah salahnya gaya seni ciptaan budi mereka dan banyakalanya sangat cemerlang.
Kulit buku terbaik mereka tentulah buku Sajak-sajak Suci saya.Bahkan saya sangat berani dan tabah mengatakan bahawa kulit buku tersebut adalah yang terbaik dalam tempoh 20tahun kebelakangan sejarah kulit buku Malaya.
Sesuatu yang serupa tidak dapat saya katakan kepada kulit buku keluaran Sang Freud Press hanya kerana,1. mereka pasti tidak serupa dan 2. adalah kerana saya tidak tahu siapa yang merekacipta kulit buku mereka.
Tetapi, saya adalah antara peminat kulit buku keluaran Sang Freud Press kerana hampir semua kulit buku mereka adalah kerja seni yang serius dan ini amat saya hormati.
Kedua mereka,Sindikit Soljah dan Sang Freud Press harus memuji diri sendiri sehingga menjadi bongkak atas usaha mereka untuk mengambil serius hal-hal kulit buku. Mungkin PTS boleh belajar satu dua perkara dari mereka kerana saya dapati SEMUA kulit buku keluaran PTS adalah err.. terlalu kanak-kanak.
Marsli NO pula perlu dihukum bunuh kerana menghasilkan kulit buku yang tidak setimpal dengan isi kandungan bukunya yang sangat bagus itu.
Kedua yang menjadi tumpuan saya adalah judul buku mereka. Disini saya dapati kedua mereka menjadi bersalah dalah usaha meng-catchy-kan err..kehidupan mereka dan saya amat percaya kamu akan setuju tanpa berbelah bagi yang judul Sajak-sajak Suci adalah judul terbaik yang pernah dihasilkan oleh industri buku Malaya sejak selepas merdeka.
KACIP adalah judul buku bterburuk dalam sejarah dunia walau pun hanya tinggal puluh-puluh buah dan jika kamu belum membelinya kamu adalah pengawas sekolah yang dilantik hanya kerana kamu berkacamata tapi bodoh.
Sebenarnya,saya mahu mengulas dua tulisan Taf Teh dari buku DUA LAUK,namun intro ini menjadi terlalu panjang dan saya amat mengantuk. Maka mari kita jadikan tulisan ini sebagai iktibar yang baik dan pembuka kata untuk ulasan yang akan saya tulis nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
first
Wachaaa...!!!
Peh..ulas kulit buku pula.Macam-macam kepandaian Encik Jones ni haha!
Lily
ini entry masuk bakul ni...
hekelleh..
hehehe..cover buku yang cantik pastinya akan memikat si pembeli.
AJ...
Tajuk HOT itu sekadar usaha mengada-ngada (dan manja auuuwww)untuk jual buku.
PS: Makan ubat bila perlu shj!
;-)
Kulit buku umpama kulit tiram.
Tiram tidak akan sedap kalau orang tidak tahu memasaknya.
cari makan...
terbit, cetak, jual kulit buku, best ni...
buku lima tidak perlu kulit..
Kulit buku umpama kulit tiram.
Tiram tidak akan sedap kalau orang tidak tahu memasaknya.
Kulit tiram tak boleh makan.. hahahahahha masuk spital nanti
reviu dua lauk yang paling best setakat ini!
ok, lepas ni ulas buku juga.
menarik, di toko buku kelantan, buku dua lauk ada tanda tangan penulis...
Post a Comment