Oleh: Razaisyam
http://iamstradust.blogspot.com
Hari ni 14 Januari 2008 (tarikh sudah betul), dan banyak kerja yang perlu aku bereskan, sama ada hal ehwal pembelajaran dan keseronokan. Semua menjadi satu. Dan akhirnya ia membuatkan aku semakin ketidaktentuan.
"Mungkin ini juga adalah satu skrip", kata kawan aku disebelah.
"Tengkorak lu!".
Entah kenapa, aku hari ini bangun terlalu awal. Jam lima pagi, biasa kalau terjaga sekali pun aku pasti mampu untuk tidur semula seperti kitaran waktu tidur asal. Kerana terjaga pagi, aku tak boleh melelapkan mata. Hanyut memerhatikan kipas berputar.
Rasa lambat sangat nak jam 7 ni, aku mahu ke kuliah pula. Tak lama kedengaran seorang sedang mandi di tandas. Gila awal orang “rumah gila Gombak” bangun rupanya.
Kebiasaannya semua pergi kerja, baru aku membuka mata. Kali ini mata sudah terbuka. Bunyi kelam kabut, kadang-kadang terdengar "mana sterika, mana sterika". Pekerja pejabat memang membosankan.
Semua sudah selesai. Suasana kembali menyepi. Aku kemudian bangun dari atas katil dan memasang tivi dan juga radio klasik F.M.
Mandi dipagi hari memang tidak menyelesakan. Jam 7.30 pagi. Ia adalah masa yang sesuai untuk aku bertolak ke kuliah. Biasanya dari Gombak ke Universiti Malaya(UM) agak jauh dan terpaksa menempuhi traffic jam yang pelbagai hala. Ya, seperti aku kata jalan memang sesak seperti hari-hari biasa.
Aku start enjin kereta. Duduk sambil menghisap rokok. Kemudian aku pasang cd Sex Pistol, God Save The Queen membuatkan aku rindu tentang memori silam. Barulah aku mula mengerakkan kereta. Bersemangat hari ini sambil mendengar lagu punk rock pagi-pagi. Membuatkan aku segar.
Kemudian!. Traffic jam. Anarchy in the UK membuatkan aku tidak selesa. Bingit kepala disekeliling kenderaan tak tentu hala. Muka Sid Vicious membuatkan aku tidak tenang. Lantas aku mengambil cd JJ72 dan semua kembali perlahan seperti JJ72.
Jam 9 pagi. Tepat aku sampai di UM. Baru sahaja aku keluar dari kereta ada seorang kawan aku menyapa.
"kuliah cancel la, entah mana pergi orang tua tu"
Babi! (dalam keadaan yang paling tak sengaja). Kalau aku tahu awal-awal mesti aku tengah bermimpi indah-indah lagi ni. So aku amik kesempatan di atas masa yang terluang untuk pergi ke cafe. Mungkin ada teman-teman yang boleh diajak lepak bersama. Sampai sahaja di cafe tak ada seorang pun yang aku boleh duduk semeja. Semua awek-awek comel. Malu la pula nak duduk.
Aku memang membenci keadaan semacam ini. Macam mana boleh tak ada orang nak lepak ni. Biasanya ada sahaja ahli cafe kat sana. Tetiba aku disapa oleh satu couple yang sedang hangat bercinta. Mereka ajak aku duduk bersama.
"pasni kita nak buat pe sayang?" suara si gadis bertanya kepada kekasih hatinya
"abis kelas kita pergi midvalley mahu?
"boleh juga"
"semalam nape tak call i sayang"
"my credit running out la dear"
"i miss u a lot"
"i pun"
dan bla bla bla bla.
Aku menjadi tunggul di situ menyaksikan percintaan tahap dewa dewi. Tak malu kah mereka berkelakuan romantis sedemikian depan aku?. Meluat aku tengok, atau ini mungkin perasaan yang cemburu.
Jam 11 pagi. Aku harus menghadirkan diri ke kelas wajib universiti. Lagi pun aku sudah bosan mendengar perkataan hiperbola daripada “mamat taicho” tadi. Berbicara tentang kekayaan depan girlfriendnya. Mungkin akan menjadikan perempuan itu lebih setia.
Lantak la. Aku perlu masuk kuliah. Cepat-cepat drive ke satu bangunan yang terletak atas bukit. Sampai sahaja di parkir, aku terlanggar satu bonggol besar. Kemek kereta!.
Aku keluar dari kereta dan tergaru-garu kepala yang tak seberapa gatal. Malang betol hari ini. Tiba-tiba seorang kenalan aku berbaju sendat berseluar yankee datang.
"apasal?" tanya si lelaki ini.
"gua langgar benda ni la bos" aku jawab sambil memegang muka.
"rilek la dude, baru hippies skit kereta hang"
"ha ah ek, bagus gak idea bos tu. Pasni gua buat logo flower power kat kereta gua. Lagi hippies kan?" aku jawab sambil menghentak kepala lelaki bangang itu.
Aku masuk terus masuk ke dewan kuliah. Nasib baik kuliah belum bermula, lecturer pun belum masuk. Aku masih mamai dan mengantuk mula datang secara mendadak.
"Assamualaikum, apa kabar semua?" sahut si lecturer yang sudah tua tapi masih belum botak.
"Waalaikumusalam" jawab semua pelajar termasuk aku.
"Today, i nak discuss about pop culture. Before we pergi jauh to the pop culture, you must understand what the culture, and how it be a phemonenan in the society or sub of society. So in this case, it emphasis for the field study bla bla bla bla..."
Kemudian aku mula hanyut. Mata mula dipejamkan. Suara lecture itu semakin tidak kedengaran dan aku mula lena. Di dalam seramai 200 orang pelajar tak kan la lecturer akan nampak aku. Aku yakin, sebab aku sudah tidur dan bermimpi kini.
"ok, i gonna stop this class. We meet up next week" suara orang tua tu kembali kedengaran.
Aku cepat-cepat bangun. Menengok di jam. Gila!. Dua jam aku tidur dalam kelas. Hebat betol lecturer ni. Tapi aku belum tulis attendant. Kena tulis kat depan la pula, sebab orang dah pass kat belakang aku aja yang tidur tak ingat dunia.
Dalam keadaan mamai aku bangun. Semua orang belum bergerak lagi. Hanya aku seorang yang sudah bangun. Dewan kuliah tu seperti auditorium, macam nak tengok wayang. So aku kat belakang ni terpaksa la menurun tangga. Dalam perjalanan menurun tangga tu, aku masih mamai dan tersepak kaki aku sendiri lalu terjatuh tergolek terlanjang sampai la kat bawah sekali. Semua orang terdiam. Keadaan sunyi. Kemudian aku terdengar tawa hilai di belakang. Suara lelaki yang tak berhati perut. Seluar aku dah koyak di lutut (pasti berdarah), tangan aku mengeluarkan darah. Semua gadis-gadis mengasihani aku. Bunyinya;
awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Lecturer masih tergamak dengan aksi aku tadi. Bayangkan jika anda tergolek jatuh didepan 200 orang. Ini jatuh dari tangga beb. Tergolek sampai ke bawah. Malu bagai nak mampus!. Tapi aku bangun. Mengorekkan seluar koyak dan berkata:
"adoi, jatuh la plak, nasib baik tak sakit"
Kemudian seorang gadis manis di depan aku tersenyum sinis. Tapi aku masih cool. Nasib baik dalam poket seluar aku tak de sikat rambut. Jika tak aku pasti akan keluarkan sikat dan menyikat rambut aku seperti adengan dalam iklan minyak rambut. Mesti bergaya habis. Tapi suara lelaki-lelaki kejam di belakang dewan kuliah masih kedengaran. Mereka sudah keluar. Masih kuat bunyi dekah ketawa mereka. Sungguh babi dan aku membabikan hari ni.
Lekas-lekas aku keluar dari dewan kuliah dan pergi ke cafe. Nasib baik ahli-ahli cafe sudah ada menunggu aku. Tapi aku hanya buat-buat tidak berlaku apa-apa. Kalau aku bagitau si jahanam itu semua. Lagi teruk aku kena. So bagi menghilangkan rasa bengang aku lepak sambil mengacau gadis-gadis comel di situ. Ada yang sudah meluat melihat wajah aku yang tetiba mengatal hari ini.
Dalam ramai aku tertarik pada seorang gadis berbadan gempal memakai kasut tertulis "adibas", kemudian aku menyapanya.
"kenapa ya kasut awak tu tulis adibas?. New brand shoes ek?" kemudian diikuti helaian ketawa ahli cafe. Muka perempuan tu merah padam. Kesian!.
Maaf aku tak sengaja, tapi mungkin depresi buat aku jadi macam ni. Aku minta maaf banyak-banyak pada perempuan tu. Aku tak sengaja memalukan kamu.
Jam 2 petang.
Malas la aku nak melayan ahli cafe lama-lama. Baik aku balik “rumah gila gombak” dan tidur.
Sampai sahaja di parkir kereta, kemudian aku menghidupkan enjin, balasan Tuhan sudah mengena. Enjin kereta tak boleh dihidupkan. Hari pula panas bersuhukan padang pasir. Basah kuyup aku bermandi penuh.
Tetiba gadis berkasut "adibas" tadi muncul dan berkata:
"kereta rosak ke bang?. Meh saya tolakkan".
Pengajaran paling menyakitkan untuk hari ini. Perit lebih dipanggang. Memang gua terbakar dol!
Wednesday, April 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
cerita menarik..ada adegan bangun seawal 5 pagi..tapi tiada adegan solat subuh..
terus jadi tak menarik..
flower power wa teringat beg selepang diperbuat dari kain guni tepung...ha..ha...ha..bawak gi sekolah tu....
jawa peranakan
dia uzur kot.
eh bukankah dia lelaki..
bersangka baek, dia skip cerita part tu.
abis lu dan sain attendant ke belum?
jp,
bab solat FINAS dah tapis!
hehe
hey you, the one with the letter L on the forehead.. put some ice on that bruised ego of yours.. chills!
terbaik la bro...cayalah..:)
salam
saya suka ini blog :-)
first time lawat
apa yang saya cari, terima kasih
Post a Comment