Lama dulu, jika ada gambar Shiela Majid di akhbar atau majalah, Mok Tun akan gunting dan simpan. Bila saya ke rumahnya, dia akan berikan kepada saya. Mungkin dia pernah dengar yang saya sukakan penyanyi itu. hanya gambar yang digunting tanpa berita. Mok Tun buta huruf.
Rasanya tidak ramai yang mempunyai sejarah hidup seperti beliau.Suaminya rebel awal politik melayu. Di buang oleh arwah Tun Razak kerana politiknya. Menderitai penyakit yang sama dengan arwah Tun. Tiada akhbar bahasa melayu yang sanggup menyiarkan rayuan mengutip derma bagi menampung perbelanjaan perjalanan ke negeri China bagi mengubati penyakitnya. Rayuan itu hanya disiarkan diakhbar berbahasa China. (saya cuba mencari keratan akhbar itu,tetapi tidak ditemui)
Suami Mok Tun akhirnya meninggal dunia sebelum sempat kutipan derma membuahkan hasil. Rasanya ketika itu saya dalam darjah 4 atau 5.
Rumah Mok Tun adalah rumah saya dan anak-anak Mok Tun juga adalah seperti adik-beradik saya terutama si Nor. Kami satu sekolah dari rendah hingga menengah. Selepas menengah kami berpisah dan bertemu sekali setahun jika ada rezeki.
Penyanyi Seha adalah anak perempuan Mok Tun.
Khamis lepas Nor datang ke galeri dan mengajak saya keluar menemani beliau dalam urusan kerjanya di sini. Saya bertanya khabar Mok Tun. Kata Nor,Mok Tun kurang sihat,tidak lalu makan. Mok Tun tinggal bersama Nor di Kuala Lumpur. Saya berazam untuk ke Kuala Lumpur minggu ini menziarahi beliau.
Kira-kira jam 11:30malam Sabtu lepas, Nor menalipon saya, Mok dah takde,katanya.
Mok Tun meninggal dunia setelah sembilan tahun sakit.
Jadi juga saya menziarahi beliau.
Monday, February 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
innalillah..
takziah bro...
al fatihah
takziah :-(
Takziah..
innalillah...
allahummaghfir laha warhamha
Amin!
masa sekolah seha kami panggil 'labuh'(masa aku form six, seha form five). harap-harap beliau tak ambik hati. tak pernah sempat minta maaf dgn beliau.
seha antara pengidap cancer yg tabah. semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Ke atas roh mok tun juga.
takziah untuk nur atas kehilangan ibu tercinta..al fatiha
Al Fatihah.
akak pada Seha tu keh rasa mak keh selalu hantor kuih ke dia untuk meniaga kat pasor kuantan tu dulu..
Innalillahi wainnailaihi rojiuun..
daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali..
semoga rohnya ditempatkan di kalangan yang soleh
slalu jumpa kak nor kat kantin blakang mahkamah...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِين
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
al-fatihah untuk mok tun. itu saja yang mampu kita lakukan untuk beliau.
Al Fatihah.
*diam*
jadi pengajaran untuk semua
..jangan jadi macam gua ada orang sakit ingat nak ziarah tangguh punya tangguh orang tu pegi dulu..banyak kali dah..at last wa nyesal tak sudah..
Post a Comment