Friday, February 06, 2009

bandar damansara*

*bukti kekreatifan orang kuantan menamakan tempat.


Mulanya saya masih mahu bercuti dari menulis. Namun setelah melayari banyak blog untuk mengambil tanpa izin tulisan mereka dan diletakkan disini,saya dapati tidak ada yang sehandal saya menulis.

Sementara menunggu kamu yang tidak bertelor dan kelangkang hancing menghantar tulisan kepada saya, molek rasanya saya menulis sedikit.

Tambahan pula setelah terlihat iklan rayuan derma felestin ditivi oleh makcik yang berselirat rantai dan gelang,anting-anting dan subang yang jika itu sahaja,yakni,rantai dan gelang,anting-anting dan subangnya,didermakan,maka rasanya selesai sebahagian masalah pembetongan najis di gaza sana.

Kasihan benar saya kepada beliau kerana sedaya upaya bercakap dengan nada hiba dengan airmuka yang cuba disedihkan lalu mencuba meraih simpati umat agar menderma
sedangkan wajahnya kekal terkejut.

Sedikit yang ingin saya tulis adalah betapa malangnya politik Malaya Megah ini. Dan betapa bodohnya kamu dalam hal memilih pemimpin.

Dibawah ini adalah puisi hiba yang mungkin ada kena-mengena dengan keadaan politik semasa atau juga mungkin tidak. Namun saya menulisnya hanya untuk meningatkan kamu tentang betapa handalnya saya.

perjuangan kini
dibayar cuma
dengan mungil
beberapa amoi china

melihatkan mulus
gebu kulitnya
senapang dibidik
tersasar
pejuang melangkah
memijak jerangkap samar
dalam sadar

ps:wann,idea menulis sentiasa ada,cuma malas. lily,tulisan kamu itu tidak sesuai disini lalu saya letakkan diblog tribut sebelom mati saya.dan ubi, saya bukan rajin untuk memilih tulisan kamu,cari dan hantarkan kepada saya linknya.

kemaskini:
'lupa nak tanya, pipiyapong boleh tulis sajak? mana boleh,dia orang lipis' sepatutnya ditulis selepas sajak.harap maklom.

20 comments:

reverie said...

Sajak kao smart dow. Aku suke. Serius.

Usha blog aku moh.
www.reveriemalaya.blogspot.com

benludin said...

org gaza pun buleh terkejut bila tgk muka siperayu derma dlm tibi tu

Anonymous said...

lain macam aje cerita sajak tu..

~ tai tai, from Big Momma's fan club ~


p.s. sib baik betina bukan perempuan.. dan saya istinjak dan basuh baju..

ubilepih said...

ha...ha..ha..wa pun tak tau mana satu yg sesuai utk blog lu yg brtahap tinggi ni..sebab wa jenis serba serabai...n rabak2 macam meor cakap...entry latest wa pasal china man tu bole kut..lu semak la kalau ok on je la...

Snakebite said...

kalau di buat senarai top ten bahan kutukan rakyat malaya, siapa agaknya yang teratas...

aku nak besajak juga,

telah lama
ku peram telur telur
dalam jaga
dan tatkala tidur

kenapa ya?
tidak menetas jua

Obefiend Weiland said...

curik dari butterfingers kerana aku tak tah nak berpantun!

Daulat Tuanku

Hujan di tengah hari
Pakai payung emas
Lumpur yang terpalit
Dayang-dayang kemas
Belajar luar negeri
Duit tak pernah cemas
Setelah ditabalkan
Jodoh dengan puteri

Party hujung minggu
Kereta BMW
Cari gebu-gebu
Teman beradu

Junjung titah patik harap di ampun

Daulat Tuanku

Perempuan zaman modern nak ayam tambatan
Ataupun anak Sultan lupa daratan
Panchung sula rejam Woi!
Aku tak gentar
Lagi suciku ini milik rakyat jelata

Junjung titah patik harap di ampun

Daulat Tuanku

Oh! Janganlah murka
Dirgahayu takkan layu
Oh! Lagu ini takkan berhenti

OK jumpa lagi di lain hari
OK cuba lagi sampai mati
OK jumpa lagi barangkali

Janganlah cemas

Lily Abdullah said...

Encik Obe,
Tu lagu lirik lagu ke.Sah ken agam dek media mainstream. Silap-silap kena bunuh macam Hang Nadim.

Encik Jones,
Benarlah...tiada siapa yang boleh menulis sebaik encik:)

ps:Maksud saya seberani encik.

Anonymous said...

mungkinkah akan muncul HANG JEBAT VERSI PERAK..

azharjaafar said...

amoi china tu Ipoh Mali kaa..?

kasut-gombak said...

mungkin boleh diragut sahaja rantai-rantai itu.

jika polis tanya, katakan sahaja utk Gaza. Demimu Gaza.

Cheewah.

Anonymous said...

bandar damansara letaknya belakang UIA indera mahkota.

selepas taman bandar.

aih, memori kuantan sunguh bahagia. memori jadi ulat teksi

Anonymous said...

manusia selemah iman hanya dihati
melayu selemah iman juga hanya dihati walaupun segala emas berlian menyaluti diri... apakan daya mereka hanya insan yang lemah serba serbi(termasuk tenaga batin)
mereka sedia membantu...tapi hanya dihati....

ceh.... pegi la mati!

Anonymous said...

kemilaugemilang.blogspot.com

bokbon said...

bik mama, heh.

K.H said...

Ha ha. Terima kasih. Jangan lupa, bandar yang kreatif itu letaknya di mukim Sungai Karang.

Oh ya, request kedua. Lepas ini Sungai Karang pula.

Pegawai Khalwat said...

Aku penah sesat di Bukit Damansara.

Anonymous said...

as usual..
i love ur words..
direct and mengena..

;P

Anonymous said...

hi..

Ahmad Belia said...

keh cadang aok laa jadi datuk bandar kuantan yeee..

ubilepih said...

bro...lu cuba dengar lagu aman lagu damai..mintak dengan meor..lagu tu sesuai untuk di persembahkan pada Sultan perak rasanya..ha..ha..lu minta dgn meor lagu tu..