Wednesday, December 03, 2008

cik pa, ustazah bahasa inggeris al-ihsan


-kepala paip pon curi? kata Haji Mat Nor Bin Rahmat, imam lulusan empat senawi surau Taman Guru,Jalan Gambang, Kuantan. Dia pencen Jabatan Pertanian dan berasal dari Melaka.

Satu kepala paip disurau pimpinannya dicuri orang.

Diwaktu yang sama di tempat berlainan, Mahaguru Datuk Sir Tuan Muser (ACCA),seorang guru silat melayu merangkap doktor peribadi kebanyakkan orang melayu,eh!! silap!silap!, orang cina, tersenyum-senyum memegang kepala paip surau,kepala paip suci.Dia yakin nanti bila perempaun itu datang kepadanya,wajip sembuh.

Tidak seperti bomoh yang menggunakan biji tasbih itu.Dia dan anak muridnya yakin dia lebih hebat.

Dia cuma ralat sedikit kerana silap memberi arahan. Anak muridnya hanya mengambil kepala paip sahaja. Batang paip yang panjang sekaki setengah itu mereka tinggalkan.

-pendek sangat,katanya dalam hati.

Lalu kamu pun terbayang macam-macam.

22 comments:

benludin said...

kepala paip mmg laris ketika musim kahwin ni...(kamu pun terbayang macam-macam)

hehehe

Lily Abdullah said...

kepala paip..kepala paip..alah saya tak mau bayangkan la enche jones.hak!hak!hak!

lyza said...

err..err, what talking you..me catch no ball..

the artist and i said...

hahahaha.

dalam dalam..

Najwa Aiman said...

Biasnya yang orang hisap ialah batang paip. Kepala paip tu penuh dengan tembakau berserabut je, dibakar biar berasap. Errr... kau orang nak bayangkan apa pun atau tak nak bayangkan apa pun sukati kau orang laa... hehehehe... Aku cerita pasal paip.

Anonymous said...

AJ,
kali ni kau salah,engkau terperangkap dengan tanggapan engkau sendiri, aku tak bayangkan apa apa, aku suci. Suci secuci-cucinya.

SHIMI said...

(dalam hati)
aku bersangka baik je dengan ko.
macam tak paham apa-apa je

Anonymous said...

sememangnya kejadian mencuri di dalam masjid dan surau kini semakin beleluasa..bukan sahaja kepala paip malah wang kutipan sedekah di dalam tabung dengan tabung2nya sekali dicuri..selipar dan sepatu para jemaah turut menjadi mangsa gejala ini..

PS-kau tengok dollah..betapa tulus dan mulusnya akal fikiran aku..tidak pula aku membayangkan yang bukan2..

Anonymous said...

napok bayang saje dok beh jong...

Pegawai Khalwat said...

Empat senawi hebat tu!

(komen tak ada kaitan dengan kepala paip)

blackpurple @ jowopinter said...

Kepala paip? Hmmm... Owh....

tuan tanah said...

Saya tak terbayang macam-macam, cuma kagum yang Mahaguru Datuk Sir Tuan Muser tu ada ACCA.

bash said...

cantik sungguh zirafah itu, lama benar sy tak melihat gambar spesis nie...

ehhh, korang tgh cakap pasal zirafah kan????

HABIHA69 said...

saya cuma terbayang kepala paip tu kalau boleh dibuat tasbih..atau digantung kat leher Datuk Mahaguru Sir Tuan Musa (ACCA)tu...

ceri masam said...

BENAR!
aku terbayang macam2!
mind...

hahaha

Shaira Amira said...

umah tok saya dkt sgt dah dgn surau tu.

p/s: surau yg tak serupa surau. lawa sgt.

anti toksin said...

slmt aidiladha

ubilepih said...

kepala paip jgn sumbat musim2 banjir ni nanti susah dapat air bersih,,Selamat hari raya aidiladha bro

Artozy said...

tak sempat nak terbayang dah gelak dulu. selamat raya korban bang

Koben said...

nampak susuk badan.. tapi kurang jelas
hmm kepala paip kepala paip

hafiz said...

hahhaah betol bro. tapi kepala paip dulu2 dari tembaga. mahal. sekilo rm5. batang paip yang besi; sekilo rm80sen.

Bro, bukit runtuh lagi. Pawang Seman tak boleh tolong lagi. Kerana puaka hutan punya kekuatan baru yang lebih dahsyat. Sekarang, puaka hutan punya tentera bunian tujuh daerah yang berjuang berani mati.

dugongsenyum said...

ACCA? Muwakakakakakaka... mantap betul.