Monday, March 10, 2008

lapang besar

Jika kamu salah seorang yang turun mengundi tempoh hari, sila tepok bahu sendiri. Saya sendiri mengucapkan tahniah kepada kamu semua tanpa mengira apa atau siapa yang kamu pilih.

Jangan dengar cakap-cakap yang mengatakan yang Penang akan menjadi Singapura kedua. Ini adalah cakap-cakap orang-orang yang terlalu lama dicuciotak oleh amnu. Apa sahaja yang tidak melayu pada mereka adalah jahat,nah! lihat apa yang jadi?

Saya melihat apa yang berlaku tempoh hari sebagai satu permulaan yang amat bagus. Permulaan dimana rakyat menjadi manusia yang perlu diambilkira hati dan perasaan mereka. Bukan sekadar statistik. Bukan sekadar nombor. Dan yang lebih penting bukannya sibodoh yang mengikut dan menerima apa saja putusan pemerintah.Walaupun kumpulan sibodoh ini masa ada, seperti yang saya lihat di kaca tivi tempoh hari. Seorang lelaki melayu dengan sebak dan kesal atas kekurangan kuasa amnu.

Hari ini kita boleh berharap untuk menjadi lebih penting dari wakil kerajaan dan konco-konco mereka. Kita juga boleh mengharap yang bangsa adalah perkara kedua, yang pentingnya adalah seluruh mereka yang mengaku rakyat Malaya. Tanpa mengira apa bangsa adalah mempunyai hak yang sama. Saya adalah berhak untuk mengamalkan agama saya tanpa perlu memperlekehkan agama lain. Kira-kira siapa yang ke sorga dan neraka bukan hak saya atau kamu.

Diharapkan juga, mereka-mereka yang di terima menjadi wakil rakyat benar-benar menjadi wakil rakyat. Jika kamu sanggup bersusah payah meminta di undi, maka bersedialah untuk bersusah payah menolong dan membantu kawasan yang kamu wakili. Kita tidak mahu melihat ada wakil rakyat yang baru ini nantinya juga serupa dengan yang terdahulu. Janganlah hendaknya satu atau dua tahun dari sekarang timbul pula video-video tidak senonoh wakil-wakil yang baru di lantik ini. Jangan pula sibuk untuk berkereta besar kesana kemari kerana kami sudah jelak dengan wakil kerajaan terdahulu yang sombong dengan kereta dan lori besar naik seorang.

Gaji wakil rakyat katanya kurang dari lima ribu ringgit dengan elaun mesyuarat kurang dari seratus ringgit. Kamu meminta menjadi wakil, kami terima kamu menjadi wakil, hiduplah dengan wang itu dan jika perlu, gunakan wang kamu sendiri untuk membantu apa-apa yang kamu rasakan perlu. Jangan kerana kamu menjadi kepala menteri di Selangor, maka yang pertama kamu lakukan adalah membuka lebih banyak kilang tempe yang kemudiannya kamu mendapat sekian peratusan keuntungannya demi untuk mempunyai wajah yang lebih muda dari usia. Lupakan projek itu ini. Berikan kepada yang benar-benar berhak. Bukan sedara mara atau juak-juak kamu. Utamakan kepentingan negara dan rakyat.

Ahh, saya menulis seolah-olah wakil rakyat baru membaca tulisan ini. :)


Sebenarnya, banyak-banyaklah beriftighfar atas kemenangan jika kamu muslim kerana kamu adalah bertanggungjawab di hadapan Tuhan diatas kebaikkan dan kemaksiatan kawasan kamu.

Jika kamu tidak bertuhan, maka hormatilah hak asasi setiap manusia.

11 comments:

sinaganaga said...

Wo ho ho! Serius benar kamu.

Anonymous said...

AJ,

Ada YB yang baca blog ko ka? tapi Khalid Jaafar baca blog aku sebab bini dia adalah adik ex-ketua unit kat Jabatan aku nih. Ala perasan siok sendiri jah!

ayobkelubi said...

perghhh,macam ucapan YB baru kawasan jek. perggh!

Anonymous said...

haha.....kelakar but it's true....when people chose you....use the opportunity wisely. Mmg AJ bckp mcm YB...haha..kalaulah AJ btanding....

el-Maaniq said...

Jangan samakan tanggungjawab dengan hak!

Walaupun tanggungjawab & hak akan dipersoalkan kemudian.

Teringat kata-kata member aku yang turut sama bermesyuarat dalam pentadbiran zakat negeri.

"Berapa kutipan zakat tahun ini?"
"RM 2,786,455.81"
"Wah, banyak juga duit kita"

Duit kita?? Kepala bapak!

Bunga Rampai said...

Lapang hati membacanya.

Salam Pak AJ :-)

dugongsenyum said...

kalaulah semua yb / menteri luangkan masa baca blog. alangkah...

Obefiend Weiland said...

salam pak AJ

lama hamba tidak kesini. penulisan pak AJ masih sinis. nice nice

ah.. penang sudah lolos. tapi di perak pula muncul suara kurang sedap. sigh. masa berkempen gunakan motto suara rakyat. kini bila sudah naik junjung mahu suara roket kerana tak mahu ke bulan

apakah?

waduh sungguh.

Anonymous said...

..begitulah apabila bangsa mengatasi agama.

Anonymous said...

Salam AJ,

Selamat berkempen.

Pagi Ahad aku masih mencari barang di carboot Derby.

uipts

Anonymous said...

suka ati awok la AJ..keh ndok keh seberg...hehe