Friday, March 28, 2008

kampong derhaka

Cerita benar (sebelum pilihanraya).

Anak Kak Jerah kena tebuk. Bukan, bukan tebuk yang tu, tapi leher dia kena tebuk, pinggang dia kena tebuk. Dah dua tahun tinggal di hospital. Kesian budak tu.Saya tak pasti sakit apa, tetapi Kak Jerah memerlukan belanja yang banyak jika mahu membawa anaknya keluar dari hospital.

Pernah cuba buat temujanji berjumpa dengan MB, tetapi setelah berbulan menunggu, bukan sahaja dia tidak dapat membuat temujanji untuk bertemu MB, untuk membuat temujanji untuk membuat temujanji bertemu MB pon dia gagal.

Orang dekat-dekat rumah suruh Kak Jerah pergi ke baitulmal, mana tahu dapat bantuan zakat.

Kak Jerah pon pergilah ke Baitulmail Selangor.Selepas di periksa kad pengenalan, Kak Jerah di dapati tidak layak menerima wang zakat. Bukan, bukan sebab Kak Jerah keluar agama Islam, tapi sebab Kak Jerah orang Islam Johor. Jadi terpaksalah Kak Jerah balik ke Johor.

Sampai ke pejabat Baitulmal Johor, Kak Jerah pon menceritakan masaalahnya kepada pegawai bertugas. Malangnya Kak Jerah tidak layak menerima wang zakat orang Johor kerana Kak Jerah telah lama bermastautin di Selangor.

Kak Jerah pon balik ke Selangor. Pilihanraya pon habis. Maka dilantiklah MB baru.

Cerita benar (selepas pilihanraya).

Anak Kak Jerah masih sakit. lehernya berlubang, pinggangnya berlubang. Dia susah hati.

Dia ke pejabat MB sekali lagi, untuk buat temujanji. Jumpa setiausaha MB. Setiausaha MB bawa jumpa MB.

Selepas mendengar cerita Kak Jerah, MB kata; ok, tunggu 2-3 hari lagi. kita akan cuba selesaikan.

Selepas 2-3 hari, MB dan mak cik ketua pembangkang dewan parlimen yang baru datang ke hospital. Jumpa Kak Jerah. MB sedia memberi semua peralatan yang di perlukan oleh anak Kak Jerah tinggal di rumah dan elaun jagaan sebanyak rm500 sebulan dan Kak Jerah pon dapat juga elaun iaitu rm400 sebulan.

Selesailah masalah Kak Jerah.

Lepastu, MB pi pulak siasat kes mak janda yang dapat elaun mMB lama bagi. Pakai bimmer tapi tadak kerja, anak tak sakit pulak tu..


Habis lah cerita benar. Moralnya bukan kata MB baru baik, tapi kalau sebenarnya nak tolong, mudah. Yang payahnya kalau tak mahu tolong.

Dan untuk membeli lukisan saya dan kawan-kawan saya, sila ke
  • galeri ini
  • 12 comments:

    Deo said...

    aku pasti mak janda tu pun suka mana tempe. tak pun, mak janda tu yang jual tempe.

    Anonymous said...

    'a new broom sweeps clean'.. :)

    Anonymous said...

    hi,
    saya suka idea kamu jual artwork secara online. saya berminat membantu dalam promosi kamu. Kalau tidak keberatan silalah ke website www.yecutp.com dan register sebagai contributor.

    admin said...

    mak janda tu kasi petua tempe kat dia lah..tu yang dia kasi elaun tu..

    abdullahjones said...

    amer,
    saya tidak jumpa dimana untuk daftar. sila tolong.

    jaketbiru said...

    ,,, masalah ini telah lama kami ketahui ... kami hanya menunggu aduan dari orang ramai untuk bertindak...

    Mat Jan said...

    bab zakat tu yg sedih tu.

    selangor tolak ke johor, johor tolak ke selangor.

    rasanya kita patut bayar zakat straight kat Kak Jerah dan orang-orang macam dia. tak payah bayar kat lembaga zakat negeri.

    Anonymous said...

    jones, req to join Rajawali Gang.

    Pegawai Khalwat said...

    Ha ha ha.......
    Sarkas+fantastik macam biasa.

    abdullahjones said...

    lope. email saya.

    Anonymous said...

    syukur pada tuhan yang bagi pada kak jerah mb baru...

    Ku Keng said...

    :-))