-sapa agaknya owner francais masjid as-siddiq, al-fatah,umar al-khattab ni semua? mesti kaya ni. kata badrul bergurau.
Saya jadi terfikir, mengapa kebanyakkan masjid mempunyai nama-nama yang sama? Seluruh dunia, atau sekurang-kurangnya beberapa negara yang pernah saya lawati, akan di temui masjid-masjid yang di gelar sedemikian.
Rasanya di kampung atau bandar kamu sahaja juga ada satu atau dua atau tiga masjid yang mempunyai nama yang sama.
Alangkah peningnya mereka-mereka yang membina banyak masjid di kelantan sana untuk menamakan masjid-masjid yang seperti yang kita tahu hari ini merupakan mercu tanda kejayaan Islam di Malaya.
Orang datang atau tidak ke masjid-masjid adalah perkara lain,esok jika di tanya Tuhan, jawab yang kita hanya membina masjid kerana kita berkuasa membinanya. Membawa diri kepada masjid adalah tugas individu.
-Lu punya kubur lu sendiri jaga.tugas kerajaan kasi lu maju.
Peduliakan kajian Dr.F.Kamsah yang mendapati hanya 18-20 peratus lelaki dewasa Islam Malaya yang bersembahyang lengkap lima waktu sehari semalam. Dia jawa, mana dia tahu.
Maka, adalah lebih mulia sekiranya banyak masjid yang di bina itu di beri nama baru. Misalnya, al-najeeb,al-nazzeridol,al-hishambudusmuddeen atau al-sammy. Jika kita sanggup lupakan kesalahan Dr. Chua (dan kita memang selalu memaafkan kumpulan penjahat-penjahat itu) boleh saja kita namakan mana-mana masjid sebagai al-chua wal-katerina.
Al-samy dan al chua wal-katerina adalah penting untuk perpaduan kaum.
Jasa-jasa meneteri dan bekas menteri yang lalu juga kita kenang dan paparkan di nama-nama masjid. At-thamby chik,al-vijandran dan banyak lagi.
Nama-nama isteri menteri juga boleh di pertimbangkan atas jasa-jasa mereka mewarnakan rambut dan membelekbedah muka dan tubuh.
Al-badawi tidak perlu lagi rasanya kerana yang punya batang tubuh sudah banyak pahala.
Saturday, January 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
saya tunggu Masjid Al Maha
Dia jawa, mana dia tahu. HA HA HA!...brilliant!
nama sama sebab tak kreatif?
al-jibreil?
al-fatihah
haha
hahaha,dia jawa mana dia tahu tu yg tak tahan tu..
HaHaHa! Ya nama2 itu sgt2lah penting untuk mewarnakan [bukan sekadar rambut] jalan2 serta tol juga ubatan2 di negara yg cemerlang, gemilang dan terbilang ini! Muekekeke!
Hait! Tuan rumah!
al- hajahtul-CTnurhaliza?
saya nampak satu kesalahan tatabahasa. 'mereka-mereka'
al-Khairy?
erm .. wat maksiat depan masjid takper. masjid ada banyak. nak cuci dosa, takyah tobat. masuk masjid je cukup. deh. bukan tinta kata. 'depa' kata.
Post a Comment