Antara sms terawal saya terima setelah mendaftar sebagai pelanggan talipon di sini adalah mengenai betapa akan berlaku rusuhan kaum di Malaya dalam jangkamasa terdekat ini.
Saya bukanlah peminat kerajaan, namun dalam hal yang menyentuh kesatuan manusia, saya amat tidak gemar bila mana-mana pihak menceritakan keburukkan kaum yang lain tanpa sebarang bukti.
Biasanya, mereka yang gemar bercerita tentang pergaduhan kaum ini adalah mamat-mamat kaki silat. Sikit-sikit parang terbang, sikit-sikit selepang merah. Saya rasa ini adalah konspirasi mahaguru-mahaguru silat se Malaya untuk menambah ahli persatuan masing-masing.
Saya juga berpendapat jika benar berlaku pergaduhan antara kaum di Malaya, berita kematian yang banyak itu pasti akan di laporkan di apa juga media dengan sedikit atau banyak manipulasi.Di laporkan sebagai peperangan antara kumpulan samseng misalnya. maklumlah, kita di Malaya ini terkebawah sedikit sahaja dari Mafia Itali Dan Yakuza Jepun dalam hal-hal kumpulan samseng. Budak sekolah rendah kita sahaja (jika kita percaya media) kebanyakkannya adalah anggota kumpulan samseng.
Jadi, jangan lah hanya kerana kita pandai hikmat api dalam sekam maka kita sibuk mmenjadi war-monger.
Perjuangan kononnya untuk memajukan satu-satu kaum juga mesti di hapuskan jika kita serius mahu hidup sebagai bangsa Malaya. Harapnya di perhimpunan tahunan partai Melayu maha agung itu nanti, tidak akan ada menteri, timbalannya atau juak-juak mereka yang bodoh,dengan bangangnya berdiri menjulang dan mencium keris terhunus sebagai apa jua simbol. Apa perasaan kamu jika sekiranya Abang Mee bangun dan menjulang belantan kalari payat di perhimpunan kongres kaum India?
Dulu, kita tidak memerlukan kerajaan untuk hidup aman muhibbah.Semua orang tahu tugas dan saling menghormati. Lama sebelum munculnya iklan perpaduan tajaan Petronas, Timothy Kumar dengan bangganya mengaku saya sebagai rakan paling akrab.Setiap aidil fitri tanpa perlu dorongan untuk kongsi raya oleh kerajaan. dia kerumah saya demi persahabatan. Pasukkan bolasepak negara di wakili semua bangsa. Bukan sebab kerajaan suruh,tetapi sebab kita bebas bergaul tanpa syak dan dengki.
Malang sungguh hari ini apabila muhibbah hanya berlaku dalam pekongsian niaga yang tidak sihat. Polis melayu tolong halalkan duit maksiat towkey cina yang jahat misalnya.
Jika kamu tanya saya mengapa hubungan antara kaum kini penuh syak dan dengki, tanpa rasa berdosa saya akan menyalahkan ahli politik yang bahlol. Yang bercakap hanya untuk mencapai batuan dalam politik tanpa mahu nmemikirkan akibatnya. Kaki dam aji di kampung saya ada satu perumpamaan yang sangat tepat dan amat sesuai untuk mereka ini iaitu; bodo macang batu pele.
"Esok anok bini mu rrogo kkeling baru mu tahhu!" kata kawan yang marah apabila saya tidak mempercayai teori kerajaan sengaja menutup cerita rusuhan itu.
Adilkah mendoakan keburukkan hanya kerana saya mahukan bukti yang sah sebelom menpercayai khabar angin? Jika ramai yang rajin menyebarkan berita dan gambar artis (bercium kerana suasana romantis yang jahat atau tidak), saya percaya jika benar berlaku keganasan kaum di Malaya, pasti ada yang menyebarkan berita dan gambar kejadian tersebut.
Sehingga itu berlaku, marilah kita doakan agar ramai lagi pengiat seni lakon dan nyanyi tanahair kita tampil mengaku dosa-dosa mereka agar dapat mereka kita maafkan.
Friday, September 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
tiada yang benar, melainkan yang benar belaka. Meme bodo mace buoh pele.
Haha..
memang kerajaan tidak mahu rakyat bersatu.. takut nanti senang nak tolak mereka bagi jatuh...
nampaknya aj semakin banyak masa membaca cerita artis akhir2 ini
selamat kembali, saudara abdullah. bertambahlah satu lagi bahan bacaan saya ketika sesi mekan-gaji-buta di pejabat.
woo! baca cerita artis??!
AJ,
Daripada baca pasal artis baik baca majalah silat. Why don't you cuba lok 9, oleh Abg Lan yang banyak tulis artikel dalam majalah tu? You'll be facinated and fall in love with it.
Sebenarnya silat bukan macam aksi berkuntau yang banyak ditunjuk oleh Holywood, Bolywood, atau Filem Hongkong. Cubalah dulu baru tau. Bule contact Giant Consultan yang saya link di site...
Hey, kalau saya tak belajar teknik penafasan dari kwn tu...dah lelaki Melaka dan Sabah arwah saya kerjakan! hahaha
opp dah lelaki Melaka dan Sabah tu dah lama arwah
Makan dalamm....
Sekarang tajuk entri Jones panjang-panjang.
Selamat berpuasa dan selamat hari raya.
Maaf zahir batin.
Selamat menghabiskan sisa-sisa ramadhan.
Salam
selamat berpuasa dan selamat berehari Raya
Salam
www.enai10.com
free submit link directory
Hidup Pak Lah Jeane..eh..Pak Lah Jones
Panjang sungguh kau tulis... Wo!
saya tak suka gaduh!!takut takut....nanti kalau jadi sweeping macam mana? nak beli aiskrim cornetto kat 7-11 pun payah nanti...
Post a Comment