Sunday, March 25, 2007

malah

Taman Kerang ini sebenarnya bukanlah tapak asal penjual ubatan. Tapak sebenarnya lebih kurang 100 meter dari situ. Betul-betul di sebelah pengkalan bas Pokok Buluh yang juga bukan nama yang berdaftar. Hanya kerana ada rumpun buluh kuning di situ maka ianya digelar sebagai Pengkalan Bas Pokok Buluh.

Dulunya di situ terdapat beberapa batang pohon tembesu yang amat besar. Di bawah pohon tembesu inilah tempat berkumpul lelaki yang mahu menambah kekuatan. Jika musim tembesu berbunga, akan harumlah kawasan tersebut. Satu pemandangan yang amat mengasyikkan. Tidak perlulah kamu sibuk-sibuk dengan bunga sakura jika bunga tembesu tidak kamu kenali.

Harap maklum, ayat terakhir itu adalah metafora yang melambangkan kecintaan kepada bangsa sendiri. Maklumlah, saya sasterawan tersohor maka amat perlu bagi saya menyelitkan maksud-maksud yang tersirat dalam tulisan besar saya ini.

Saya tidak tahu mengapa pihak perbandaran tidak menebang pohon-pohon buluh itu. Malah ianya dijaga rapi. Kamu akan merasakan kasih sayang yang tulus antara pohon-pohon buluh tersebut dan pihak perbandaran kerana masjid lama berhampiran dimusnahkan tanpa belas kasihan.Namun otak jahat saya mengatakan ianya masih di situ hanya kerana belum ada sanak saudara pihak perbandaran yang memohon dibina apa-apa. Walaupun dibina sebuah masjid baru, roh masjid sebenar telah hilang kerana masjid baru ini dibina oleh mereka-mereka yang tidak berapa gemar berihat di masjid. Atau mungkin juga mereka beragama lain kerana mereka hanya menjadikan masjid sebagai tempat ibadat. Dibuka hanya waktu bersembahyang. Tidak mesra siapa pun. Baik musafir atau fakir.

Depan Pengkalan bas Pokok Buluh adalah tapak pasar lama. Lama dahulu, yang paling terkenal di sana adalah mi goreng Wak rani. Setiap pagi kamu akan lihat ramai manusia beratur di warung Wak Rani. Wak Rani hanya pengoreng mi, bukan pemilik warung tersebut. "Abdul Ghani." kata anak Wak Rani."Bukan Rani, ingat tu." Tambahnya lagi. Wak Rani melayu betul, bukan jawa tetapi entah dari mana datangnya wak itu saya tidak tahu. Jika kamu rajin, sedekahkan fatehah kepada rohnya yang banyak membawa kesenangan kepada suri rumah di zaman yang amat senang itu.

Katanya tapak pasar lama itu akan dibangunkan oleh pihak yang mentakbirkan bangunan Teruntum. Berdoalah mereka berjaya kali ini.

Kuantan dahulunya dikenali sebagai Bandar Palma kemudian ditukar kepada nama lain yang saya tidak tahu. Nama-nama berkait ini bergantung kepada anak saudara mana yang menjadi pembekal bunga atau apa saja dan flava masakini orang yang berkuasa. Jika anak saudara yang terpilih itu sukakan bunga ke'embong, maka Kuantan Bandar Ke'embonglah. Jika dia sukakan ikan selar kuning, maka Kuantan Bandar Selar Kuninglah jadinya.

bersambung.

18 comments:

Mersik said...

Mengamit2 betul rasa bila tuan bercerita pasal bandar Kuantan nih.

Tetiba teringat perkataan yg selalu di sorak2kan bila diraging disini sewaktu ketika dulu.

Kuantan teruntum..!
Kuantan teruntum..!
Sekali sekala lepak TC..

TC - Teluk Cempedak.. Alahaii

Anonymous said...

jika dia pembekal daun ketum, jadi bandar ketum la nanti.

mba2u said...

Lepas ni gamoknyer takdok doh bunga tembusu tu.... jadi kuantang bandor sakura pulak, boleh mengalohkan tokyo

sinaganaga said...

Mudik dari stadium ke bukit Skilau - ada asrama2 misi.
Wo!

Ku Keng said...

Di Seberang pokok buluh, Cold Storage kan?

Anonymous said...

masih kau dgn Kuantan?

..dari bandar ke pelabuhan tidaklah jauah sangat tetapi drebar teksi akan tetap mahukan Rm 100 kerana dia ada duty lain bilamana saja sampai ke gate besar pelabuhan. Sidin yang mabuk amat akan terpaksa di pimpin masuk hingga ke tangga kapal kerana jika tidak dia akan berjalan ke arah dermaga terhoyong hayang dan jika nasib lagi 'baik' dia akan terjebor ke dalam laut.

Anonymous said...

PAK DULLAH,

DIHARAP KISAH KUANTAN NI AKAN BERTERUSAN UNTUK 2-3MUSIM...
BYK YG BERUBAH 2-3 THUN LEPAS..
SEPNJANG DR STADIUM KE BKT SEKILAU SUDAH BERUBAH...
BUKIT SEKILAU KE MEGAMALL MELALUI JLN DLM MELALUI BANK MUAMALT PUN TIDAK HUTAN LAGI..
2 TAHUN BELAJO DI UiTM KOTA BKT SEKILAU... SEGEROMBOLAN PELAJAR BERJALAN KAKI MEREDAH BDR KUANTAN DR BKT SEKILAU

Anonymous said...

Rindu kuantan..

-HH-

Hasrul Halid said...

aku pun rindu jugak 'kuantang' ni. Ish, bila la aku nak pegi sana nih! Padang depan Teruntum tu ada lagi ka?

Bus stand lama tepi sungai (benteng) tu dah jadik bangunan apa?

Ish!!! rindu wehhhhh!!!!

alabolebelah said...

Aiseh Kuantan tak pernah jejak la, apa sangat istimewa Kuantan tu?

sungguh menghairankan

tuan tanah said...

Al-fatihah untuk Allahyarham Wak Rani.

Anonymous said...

Pak AJ,

kuantan? telan air lior dah nih teringatkan ikan bakar tg lumpor.
moh la weh kawan belanje awok bayar la..hehehe

Angah said...

oho.. bustand lama masih berfungsi , benteng itu sudah amat cantik. Sudah ada taman esplanade tempat budak2 muda main geli-geli euwwwww

cold storage? tiadaaa.. sudah ada bangunan tinggi yang masih tak dapat CF huh!

asrama misi2 itu sudah dipindahkan ke depan hospital..

Kuantan ikan selar kuning? ahahahaha

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

datang kuantan jangan takde kad gores dan parking..

Anonymous said...

kuat sungguh pengaruh kroni. bisa menjulang & menterbalikan juga sesuatu y mrk suka suka nk buat.

*jika ke kuantan sy suke ke nenasi*

Najwa Aiman said...

baru balik dari kuantan sabtu lepas. tapi sebab beta bukan org kuantan, nak cari kuantan parade pun sesat, apatah lagi nak cari lempeng kelapa tu (tak tau R&R yg mana!).

skg ni kuantan dikenali sbg bandar indera kayangan ke? mcm ada terbaca nama hindu tu masa kat kuantan hari tu. dah ramai hindu kat situ?

admin said...

banyak juga ye perubahan kat kuantan ni...menarik juga bila tau sedikit perubahan2 tu

Anonymous said...

hihi.. hati ni rasa menggamit2 nk blk kuantan.. rindunya tanah air tumpah darah ku.. dah hampir stahun tak blk kuantan.. blaja jauh.. sedih2. teruskan menulis pasal bandar tercinta ini.. AJ, cuti summer ni kalo pi kuantan, cite la ape2 perubahan terbaru yer.. org jauh nak tau details perubahan bandar kuantan.. org lain takkan cerita sedetail anda..