Wednesday, December 13, 2006

melayu

Saya sangkakan saya ini seorang yang rajin, rupanya tidak. Maka dengan itu saya tidak lagi akan memoderatikan (haha) komen-komen di blog ini. Malas benar membuka email dan kemudian membebaskan komen-komen yang di moderatikan (haha) itu.

Jadi saya berharap sebilangan kamu janganlah menjadi seperti budak yang baru pandai mencalat. Kata-kata carut-marut,maki-hamun dan serangan peribadi serahkan sahaja kepada yang ahli (baca: saya). Tugas kamu hanyalah memuji-muji tulisan saya di ruang komen, maka bertugaslah dengan tekun.

Sebagai hiburan dan kerana lama tidak menunjuk-nunjuk kepandaian bersastera, maka di bawah ini saya tuliskan kembali sebuah sajak yang telah saya letakkan di esastera.com. Oh! Mungkin iklan ini sedikit terlewat, tetapi jika kamu membacanya sebelum jam 8.00 pagi hari Rabu, silalah berada didepan televisyen Saluran Satu kerana boss besar esastera.com akan diwawancara di rancangan Selamat Pagi Malaya untuk berbicara tentang esastera.com dan hari anugerahnya. (Rasanya tikit-tikit untuk hari anugerah tersebut masih di jual, jika berminat untuk menghadirinya, sila ke lama esastera.com)

Makluman: Hari anugerah kumpulan Ronggeng Zainal tidak diiklankan di televisyen.

Dan tidakkah kamu merasa menyesal kerana tidak menjadi anggota esastera.com?

yasmin

aku helang
garang dan terbang
dan terbang dan
terbang dan terbang

engkau arnab
dan diam dan
diam dan diam
di dalam lubang.

15 comments:

areyoung said...

Yasmin, Min

Siapa Yasmin?

Anonymous said...

kamu memang malas.

sinaganaga said...

Doh beli ayang? Betul ke keling janggut yang sembleh? So, buat laok mende, oh Awang?

sinaganaga said...

aku naga
bergeliga dan berjelaga
dan berjelaga dan
berjelaga dan berjelaga

kau dah beli ayang, oh Awang?

sinaganaga said...

aku naga
bergeliga dan berjelaga
dan berjelaga dan
berjelaga dan berjelaga

kau dah beli ayang, oh Awang?

sinaganaga said...

aku naga
bergeliga dan berjelaga
dan berjelaga dan
berjelaga dan berjelaga

kau dah beli ayang, oh Awang?

Anonymous said...

Aku Rem
yang hensem
hensem, dan makin
hensem!

Dolah Jones, seriously - saya suka sangat dengan puisi itu. Ada estetika bentuk dan makna yang mendalam!

Tapi kenapa judulnya 'Yasmin'? Hmm...

tuan tanah said...

saya takde benda nak dipujikan tetapi saja gatal nak tinggalkan komen juga.

Pa'chik said...

helang yang garang dan terbang terus²an, bila nak menyambar?

Unknown said...

AJ u r ok to me. i wish i could write a poem here but ... i dont hv the skill..arrrgggh

Anonymous said...

fuhh! bleh menang kalu dicalonkan nih!

Pegawai Khalwat said...

Nak kena puji jugak ka?

Rie said...

emm daging arnab sedap.

MHidzir aka Embun said...

Ermm..
thanks for stooping by my blog..
tiada puji2an..

Anonymous said...

Pak AJ,

Sinaga tu dah sawan ke atau sagu dah naik ke kepala?

atau kena karan lektrik bila nama yasmin keluar..

Makna sajak yasmin secara ringkas;

..main bola tak skor gol atau pistol tak ada peluru..

hehehe bley tahan gak aku nih...