Friday, July 28, 2006

ketat

Blog ini ditutup sementara bagi menghormati kematian demi kematian yang berlaku di Lebanon. Sila isi masa yang biasanya kamu ambil untuk membaca blog ini dengan berhibur sehingga lupa dan rajin-rajin lah bersedekah kepada mana-mana rancangan hiburan yang kebulurkan kredit talipon bimbit kamu.

Atau jika kamu mahu, boleh saja mendoakan kesejahteraan mereka-mereka yang di landa perang.

Bacalah al-Quran.








p/s: grave, mengapa saya di sinaraihitamkan di shoutbox kamu?

29 comments:

Anonymous said...

insya Allah. err... untuk saranan yang terakhir ya.

~tef

Bunga Rampai said...

Salam.
Membaca blog pak dollahjones bisa saja menjadikan masa saya panjang sedikit, dan membuat saya teringat kepada beberapa perkara penting yang saya lupa.

tuan tanah said...

terima kasih Jones, kerana mengingatkan saya yang lalai, lagi dan lagi.

Unknown said...

AJ...reverse psychology namanye ni

Anonymous said...

Pakcik Abdullah Jones , mana ada cek senarai hitamkan. Nama Pakcik AJ sentiasa disenarai putihkan.

Eh , eh , YM Tengku Abdullah Jones , hamba rasa nak tulis juga pasai JAGA ( lecturer pompuan kawin dengan jaga ) tapi nampaknya tuanku mendahului hamba. Apa pun hamba terhibur dengan entri itu.

Sekian , "MAJULAH SUKAN BOLASEPAK UNTUK NEGARA "

-Penggali Kubur http://gravesdigger.blogdrive.com

abdullahjones said...

Saya mahu jerit di shoutbox tidak boleh grave. Katanya saya di sinarai hitamkan.

p/s: Makluman, Grave ni kawan saya. Dan dia lebih tua dari saya, bahkan terlalu tua dari saya.

dugongsenyum said...

saya menghormati keputusan uncle Dollah.

:)

Anonymous said...

sila.. sila..

Anonymous said...

nampaknya jones belum tentu berehat selagi tidak dapat bersuara di shoutbox grave.

Ku Keng said...

Jones,

Kelamrin saya termenung apabila seorang kawan dari Sabah menceritakan tentang isteri kawannya yang dulunya bukan Islam, sudah mengkhatamkan al Quran sebanyak 40 kali. Dan saya sendiri, ... ahai, malu, malu.

abdullahjones said...

Bro Keng, itu perkara senang dan tidak perlu di malukan.Mulakan hari ini dan mungkin, mungkin kita akan mendahului isteri kawan itu. Mungkin. Dan kita tidak akan kalah jika pun kita tidak dapat menandingi dia.

sinaganaga said...

Apa yang 'ketat' bang?
Ha ha.

blackpurple @ jowopinter said...

Sementara itu bolehlah mengulangkaji entri terdahulu..

ketat
belah
hingga ke
peha
seluar
yenki
baju groovy
itu
jadi...

jadi apa...?

Pegawai Khalwat said...

Aku pun nak tutup komen.

Anonymous said...

Khatam Quran berapa banyak kali tak penting. Yang penting sejauh mana isi kandungannya diamalkan.

-HH-

adibah abdullah said...

assalamualaikum

"susah la pak cik AJ. tak sempat nak berdoa sebab sibuk sangat kutuk Israel,kutuk Tun, kutuk Pak Lah, kutuk orang Syiah,.."

Saye baru pulang dari kursus. Sampai pukul empat pagi tadi di rumah. Muka menggelupas sbb sepanjang kursus bilik tidur, bilik ceramah, dan bilik perbincangan kumpulan air-cond. Mandi air panas pulak tu. Tak baik untuk kulit tapi menjadi motivasi yang baik untuk mandi pagi terutamanya seawal lima pagi.

Walaupun kursus seumpama itu bukanlah benda baru untuk saya, (sudah bergelar fasilitator dan berceramah kecil-kecilan), timbul beberapa isu yang menggaru-garu. Melihat kepada kawan-kawan yang seolah-olah di'black-list' kerana mempunyai pandangan yang 'menentang kerajaan', 'fanatik' atau 'terlalu alim'. Memikirkan pandangan-pandangan yang terpaksa di'suppress' kerana takut disamabulukan dengan mereka yang sudah di'black-list'. Sementelahan pula momok 'fail BTN' menghantui, takut dihalang dari melanjutkan pelajaran, dan merasakan bahawa sebarang penyuaraan penentangan adalah 'futile effort'.

Adakah menyokong pembangkang itu bererti menderhaka kepada kerajaan, sekaligus menderhaka kepada negara, sekaligus menjatuhkan hukuman sebagai rakyat yang hina, bodoh, jahil, berfikiran tertutup lagi tidak patriotik? Kalau begitu kenapa ada demokrasi? Kenapa boleh memilih kalau sebenarnya tidak boleh memilih kalau mahu digelar setia?

Adakah setiap kritikan terhadap kerajaan bererti tentangan kepada kerajaan dan kecenderungan untuk menggulingkan kerajaan dan kecenderungan untuk bergelar penderhaka?

Sayang. Konon mahu intelektualiti Melayu disuburkan tapi merekalah yang melayukannya. Orang muda yang bersemangat, berdarah panas, jika di'censor' dan disekat-sekat-sekat-sekat lebih cenderung untuk memberontak. Malas untuk melayan kerajaan kerana bosan dengan desakan dan sekatan dan kawalan. Sedangkan kalau diberi pendedahan yang adil mungkin 'intelek memprotes' ini akan memberi pertimbangan yang lebih baik dalam membuat pilihan.

Maaf kalau komen ini panjang mengalahkan AJ selaku tuan punya blog. Doa buat saudara-saudara seIslam yang mencungap di dunia, insyaAllah udara harum syurga menanti saudara-saudara.

salam ...

loppiess said...

apa perlunya kamu berhenti menulis jones, samada engkau menulis atau tidak israel akan tetap menjatuhkan bomnya di labanon atau Palestine..cuma jika alasan engkau tidak menulis seketika semata mata untuk merancang satu tindakkan untuk menjatuhkan sebiji bom di tengah2 Tel Aviv yang berkuasa dua kali ganda dari yg jatuh di Hiroshima dahulu, aku setuju..kalau atas alasan lain, aku tidak.

Kalau kau bosan menulis tentang politik, kau tentunya boleh menulis tentang cerita tindih peha masa mengaji muqaddam dulu...

kau tahu kan tu Jones?

Anonymous said...

Bro, aku sibuk tulis blog, menghiburkan korang,sedekahkan Al-Fatihah untuk abah. Selamat Hari Pahlawan kepada semua warga Angkatan Bersenjata Malaysia. Dan. Selamat Hari Pahlawan juga kepada abah! You are my hero! Ahaks!

Rie said...

al-fatihah & doa...

abdullahjones said...

Adibah, kewajipan semua pihak yang memerintah adalah mempastikan rakyat sentiasa di setiakan kepada mereka. Kewajipan rakyat adalah mempastikan kerajaan yang memerintah adalah yang benar-benar benar.

Lope, blog ini blog pop. Blog hiburan. Jadi saya tidak berapa selesa berhibur di waktu-waktu begini. Nantilah, mungkin minggu depan saya akan mula menulis kembali.

Oh! Lope, Saya tidak pedulikan tentang perang kerana saya adalah manusia yang percaya kepada peperangan cuma peperangan pada saya adalah di antara tentera dan tentera. Apabila ada orang awam terutama kanak-kanak yang di libatkan, saya menjadi teramat sedih. Saya adalah 'orang orang'.

Obefiend Weiland said...

bagus ABANG jones. saya setujus arana abang jones. hahaha.. tapi adakah ianya satu coincidence yang anda berenti menulis seketika kerna kerajaan pakcik Dollah mula memerhatikan blog berbau politik?? abang dollah rasa betul ke gaya pakcik dollah?

hmm?

semoga orang di lubnan cepat sembuh. tu je mampu aku tolong. nak angkat raifal m-16 saya tidak pula menyertai PLKN!! HAHAHA

Anonymous said...

Lopiess, saya suka sangat dengan cerita tindih peha itu. Berahi sungguh bunyinya. Ceritalah.. nak, nak, nak, nak?

Ceritalah... ceritalah! :)

Sayuti said...

saya ikut jejak langkah kamu jugalah encik abdullahjones.

Anonymous said...

unik, unik cara anda..jadi..sayalah anatara insan yang membuang masa tu..

Anonymous said...

Keep up the good work Pilates for pregnant woman natural health cholesterol levels Conferencing great deals hot features Manufacturer of lg refrigerators

Anonymous said...

Enjoyed a lot! alfa romeo spider twin spark parts leather sofa Champange diamond Christian leadership seminars Daffodil jewelry online mba program montana wedding invitations 60gb hitachi usb mobiledisk hard drive aluminum awning Small touchscreen lcd pc display uk

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! Custom hummer pic Accessories for the 2005 buick rainier Phentermine order status Blackberry aol Truck driver's daily vehicle inspection journal into hot tub Adderal ativan interactions zithromax capsule 250 mg Credit free line report Video blaster webcam 3 hot blonde body

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » » »

Anonymous said...

Enjoyed a lot! Ativan+info mazda b2200 pick up clutch Teen drug abuse on ritalin shemales clips trailers masonry business cards water membranes and filters To2c refill2c epson color stylus2c 15202c printer cartridges make work scrubber Currency forex online tradingaaa Pornstar twins als backpack transexual guinne pig Fun mature teen quizzes Tranny fucks pussy silver watches