Tuesday, May 30, 2006

malam

Siti kesal dakwaan cari wali
Oleh Ismail Mat, Farihad Shalla Mahmud dan Rokaid Chik
KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin kesal dengan dakwaan yang tersebar luas, terutama di Kelantan kononnya beliau sedang mencari bapa kandungnya di Pasir Puteh, untuk menjadi wali pernikahannya.Sambil menafikan dakwaan kononnya beliau adalah anak angkat ibu bapanya sekarang, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik, Siti berkata: “Merepek sangat, memang tak masuk akal. Ini pertama kali Siti dengar cerita macam ini.”Siti, yang lagu terbarunya Biarlah Rahsia amat popular kini, mengulas dakwaan yang tersebar sejak minggu lalu kononnya beberapa lelaki, dikatakan wakil keluarganya, mencari Ibrahim Deraman, 81, di Pasar Besar ketika angka kematian akibat gempa bumi di Jawa Tengah (se)lelaki potong kemaluan buktikan tidak curang Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Betty Subaryati KOTA BHARU: Seorang kontraktor berusia 41 tahun dikatakan bertindak nekad dengan memotong kemaluan sendiri semata-mata bagi membuktikan dia tidak curang terhadap isterinya.
Dalam kejadian di Kampung Gong Nering dekat Besut, Terengganu kira-kira jam 10 malam Jumaat lalu, lelaki itu dikatakan mengambil pisau memotong kemaluannya hingga hampir putus selepas berlaku pertengkaran dengan isterinya.Dia dibawa ke Hospital Jertih dalam keadaan berlumuran darah oleh isterinya sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.Sumber memberitahu, mangsa selamat menjalani pembedahan menyambung semula kemaluannya







ps: Ada sesiapa nampak sinaganaga? Naga! Angkat tangan!

23 comments:

Anonymous said...

Orang tak sihat mental memang ramai kat malaysia ni, itupun mujur dia tak mendakwa siti nurhaliza nak meminang dia. Buang tebiat gamaknya.

Santan tairu gula melaka,
jantan tak malu perempuan tak kata.

BooK said...

ahahahahahahaha. macam-macam.

ontahsapo said...

biarlah rahsia.....

sinaganaga said...

Ada. Ada. (Angkat tangan.)

wasabe said...

Selagi CT tak kawen selagi itulah macam2 cerita pasal CT...

Lepas ini, lelaki itu boleh curang sesuka hati... isteri dia akan sentiasa percaya dia tak curang...

tuan tanah said...

gila!

Rie said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Rie said...

fitnah!

mana ada lelaki nak potong anunya sendiri?

menyesal

Anonymous said...

lepas potong mau jadi apa ??????
huhhhh tambah meroyan akuuuuuu

Anonymous said...

Gay! 2 X 5, gila meroyan VS sewel.

-Lukman Hakim

Anonymous said...

orang tu potong kemaluan, lepas tu tutup muka - sebab kemaluan takut orang kenal ha ha ha...

Anonymous said...

malang sekali Jones pelajaran yang sedang kamu usahakan tidak laku ... dimana kepentingan di keliling kamu ... sedih bukan?

tuan tanah said...

jones, kenapa kamu cut & paste berita itu bersambung-sambung begitu? ada isi tersiratkah sebenarnya?

Pegawai Khalwat said...

Ha ha ha......

Berita tentang Siti cari wali dan berita potong kemaluan lebih menarik hati masyarakat dari berita 'angka kematian akibat gempa bumi di Jogja'.

Masyarakat dah tak peduli tentang kematian dan kesusahan orang lain, berita sensasi seperti ini lebih menarik.

Sebab itu berita itu tidak di'bold'kan. Bukan begitu Mr. AJ?

Hang memang bijak, dan hensem dan keji.

Psss.... adakah aku telah membongkar rahsia anda.

Anonymous said...

Dunia serba mungkin...pakcik tu mungkin tak tau reporter putaralamkan citer dengan nawaitu melariskan akhbar Ayah Kita B.b., eh silap Akhbar Hairan..atau pakcik tu sememangnya nak tumpang tuil, tapi dia kena ingatlah, kalau betul teringin nak merasa duit(sedekah)dan makan kenduri siti, tangan meminta letaknya di bawah, dengan muka selebet cakap dengan ikhlas, mungkin siti tak keberatan untuk beramal bakti, bukan cara buat dakwaan tak berasas mengaibkannya, alah Jones..dalam dunia blog ada lelaki begini tak perlu ambik contoh dari akhbar...dakwa orang kaya jatuh cinta pada dirinyalah(konon). Yan membuat dakwaan tak berasas sendiri mau ingatlah 'Umat manusia manalah nak memungut BANGKAI DIPERLIMBAHAN?-tiada beban batu digalas.Sesiapa yang pedih ulu hati membaca ubahlah tabiat hantu jadi manusia.

Mungkin Nazmi aka Notebook boleh sound kat member satu kompeni ngapa siaran kartun tak best semalam..kalau dah bosan keje noreh getah pun molek juga harga RM7.00 sekilo(SMR)

*Komen ini ditaja oleh Sabun Buku Cap Kapak.
-Trivia

Anonymous said...

hahahha

bos!! mintak ijin nak add blog tq

Lan Rambai said...

Dollah Joness... ko memang spesis pelik hahahaha

Sayuti said...

pegawai khalwat berjaya mengesan dengan jayanya.

p/s: encik abdullahjones mencari naga itu sebagai 'hint' rasanya. airmas_sz dan tuan tanah juga bagi 'hint'.

Sayuti said...

ralat: mencari naga itu mungkin berkaitan naga mencari tuan tanah tempoh hari.

Anonymous said...

Semalam dia gila, hari ni sikit ada kurang, itu pil kuning sudah makan..haha

-P Tedd Bear

Anonymous said...

Astagfirullah....
Bacalah,
Sebutlah,
Dengan Nama Tuhan Pencipta Alam!




Kan sabar tu sebahagian dari IMAN.

Anonymous said...

A'uzubillahhiminisyaitonnirojim...
Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu ada orang baca ayat ni untuk halau syaitan dari dalam blog, nampaknya iblis laknatullah mencengkam kukuh dalam hati khianat.

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

Marilah kita terai and help sebanyak mungken kepada those unfortunate people kat Jawa tengah tuh :( kesian sungguh....