Thursday, June 01, 2006

kelam

'Mana timunnya?' Tanya saya apabila melihat kari ikan tenggiri dan sambal belacan. Pada saya kari ikan tenggiri, sambal belacan dan ulam timun adalah hidangan paling cocok.

Tidak perlu ada tambahan apa-apa. Cuma jika mahu, kari ikan tenggiri itu ditambah beberapa biji kacang bendi. Jangan ganggu mereka dengan apa-apa. Mereka sudah lengkap. Amat lengkap.

'Ini'. Jawab budak gemok sambil menghulurkan sepiring epal hijau yang dipotong berjuring-juring.

'Gila'. Kata saya di dalam hati.Marah ada lucu juga ada.

Dia memang begitu,sejak tinggal di sini, dia menjadi sedikit Inggeris.Bahkan kadang-kadang terlalu Inggeris. Saya tidak salahkan dia kerana suasana membentuknya menjadi begitu. Tetapi, epal ganti timun? Epal cicah sambal belacan? Gila.

Bila difikirkan, apa bezanya dia dengan kamu. Ber-snow cap di tengahari buta. Berseluar pendek di khalayak. Bercumbu sebelum nikah.Tidak menutup apa yang patut.Ber-inggeris jugalah namanya itu.

Sekurang-kurangnya dia mencicah epal dengan sambal belacan di sini. Di tanah Inggeris.

26 comments:

Pegawai Khalwat said...

Ha ha.....

Itu bukan Inggeris saja Mr. AJ, Itu Americana. Proxynya kan ada di mana-mana.

Hampir di setiap rumah ada. Itulah Tok Guru kita yang paling setia. Pakai karen kita pulak tu.

Anonymous said...

Jones,
Kamu memanglah...Kalau kamu berada di bumi bertuah ini, mungkin kamu lebih pemes dari Dato'² yg selalu keluar tivi itu.

Hehehe..anekdot kamu memang tajam!

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

Nak tanya kit. where did that person get the belachan? Dah lama xmakan :) dea import ker haper?

Anonymous said...

Wow!!! Berbisa!! hebat2

Saya lebih suka kari ikan sagai dgn kacang bendi, sambal belacan dan ulam kacang botor...POWWERR!!!

Anonymous said...

Kamu seorang yang bijak. Tak perlu dinasihat, tapi mungkin kamu sedikit perlupa(dalam kes ini, kamu lupa)

Niat tidak menghalalkan cara.

Melibatkan watak dalam karya bermaksud melibatkan hati, nama baik juga menonjolkan kebodohan sendiri(tidak banyak sedikit)

Ungkapan/ucapan/penuturan ialah doa, sementelah dari ibu bapa terhadap anak, suami kepada isteri, termasuk orang yang dianiayai malah jika kena tepat pada waktu sidratul muntaha doa itu tiada tapisan lagi..mohon perkara ini dijauhkan.

*********************************
Wahai lelaki!

ISTERI pertama kamu ialah seorang wanita yang SEMPURNA, jangan MIMPI yang mendapat sepertinya, selepas itu.

Keropok yang tidak digoreng tidak akan mengembang.

Anonymous said...

sambal belacan dan epal, aku nak cuba, dengan durian.

ontahsapo said...

apa bezanya mencicah steak dgn kicap di tanah melayu?

tuan tanah said...

fuhhh... nasib baik saya masih ber-Melayu di tanah Inggeris :)

Sayuti said...

tulisan encik abdullahjones memang pedas, seperti sambal belacan. lagi pedas, lagi sedap dicicah. timun ke epal pon jadi. kalau tak, meleleh air liur.

si anu komen 'niat tidak menghalalkan cara'.

saya tertarik dengan komen tersebut kerana saya tidak faham niat si anu menulis komen tersebut, tapi saya pasti niatnya baik, tapi penjelasannya agak sukar difahami. tapi dia kata niat tidak menghalalkan cara. halalkah caranya menyampaikan sesuatu perkara yang tidak dapat difahami dan boleh menimbulkan salah faham?

mungkin dia saudara mara atau orang yang rapat dengan encik abdullahjones, kerana seolah2 dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh encik abdullahjones sebagai 'budak gemuk' dan 'kamu' dalam tulisan di atas. saya teka, si anu mungkin bekas isteri encik abdullahjones. mungkin.

encik abdullahjones walaupon terkenal tapi tidak dikenali. watak2 dalam tulisannya iaitu 'budak gemuk' dan 'kamu' langsung tidak terkenal, apatah lagi dikenali. jadi, hati, nama baik dan kebodohan siapa yang dimaksudkan oleh si anu.

eh, maafkan saya. dia tulis, kebodohan sendiri.

seperkara lagi, jika niat tidak menghalalkan cara, cara dihalalkan oleh apa?

p/s: mendoakan seseorang gila itu, bukankah mendoakan dia terus ke syurga?

Literature Sushi said...

Timun cicah mustard pun sedap...

supersomething said...

tembikai susu cicah sambal belacan. sedap!

memang gila. tapi sedap.

dugongsenyum said...

biasa orang buat sambal belacan ada campur tomato. tapi di malaya ni aku pernah makan sambal belacan blend dengan epal. sedap saja.

Tapi kari ikan tu memang buat terliur ahh :)

Anonymous said...

AJ one man women.

Barang harus diingat dia berkemampuan membeli merc SLK200 menggunakan AP(student ada kuota AP) di GB.

Anonymous said...

Sinis. Amat sinis. Tuan AJ kirim salam pada isteri kamu. Tentu masakannya enak sekali. Saya juga penggemar kari tenggiri dengan bendi. Tapi yang dijual di restoran mamak. Hish!

Unknown said...

Pak Dolah,

Cita-cita agung seorang lelaki Melayu ialah berbinikan orang puteh...

mba2u said...

AJ;

Minta budak gemuk buat acar . jangan gunakan timun, guna epal hijau, tak payah pakai cuka. tambah sedikit gula. Enak wooo....

zizie ali said...

bercumbu sebelum nikah bukan hanya budaya inggeris. malah budaya melayu juga. sudah dipraktikkan sebelum zaman hang tuah, tun teja atau puteri gunung ledang. malah di kalangan orang asli juga. berlaku di bawah pokok pisang, di sebalik busut. di bawah sinaran rembulan.

pss..duhai anony, aku pernah lihat keropok kembang tanpa digoreng. ia kembang dalam microwave.

BooK said...

fuhhh... nasib baik juga saya masih ber-Melayu di tanah Inggeris :)
[hanya modifikasi sedikit. daripada ayat tuan t]

sinaganaga said...

tapi jones, bukankah budak gemuk itu jugalah yang kau dakap 'dua menjadi satu'.... :)

Anonymous said...

GILA SUNGGUH!

Sir Mute Key Chicks said...

saya?saya semut.

sekian

blackpurple @ jowopinter said...

Aku pula tetap ber'jawa' di Tanah Melayu.....!

Puan Ainon Mohd. said...

Bagai timun dengan durian. Menggoleki luka, digoleki pun luka....

Anonymous said...

mana kucingnya?
[amir mukhriz suruh cari kucing di sini]
meOw meOw...
-tuan t itu anak haji aJ kah? bapak tuan t, mesti kaya raya. bisnes tanah juga kah?

Sayuti said...

naga, komen anda sungguh comel. hahaha.

Anonymous said...

Terima kasih kerana menasihati, saya akan ambil mana yang sesuai dan terdaya.

Terima kasih kerana entry ini tidak melibatkan orang yang sudah meninggal. Terima kasih kerana entry ini tidak mengandungi double meaning. Timun dalam entry ini- bermaksud buah mentimun. Bukan seperti entry 'timun abah besar' dalam blog seorang penulis yang melibatkan abahnya yang sudah meninggal dunia.

Perkataan gila itu yang tidak manis diulang siar. Apa yang saya bimbang ialah doa itu seperti senjata makan tuan. Saya memgingatkan diri sendiri juga, Insyallah, karana saya tidak fikir saya maksum!!!

Terima kasih.