Friday, April 07, 2006

membawa

From:
ujang To:
jonesabdullah
Subject:
Date:
Tue, 4 Apr 2006 11:05:30 +0800

Terima kasih kerana merasa malu melihat saya melukis di komplek2 dengan harga sepuluh ringgit-tetapi lebih memalukan lagi bagi saya untuk meminta2 di kaki lima atau mendapatkan rezeki secara tidak halal untuk menanggung 4 orang anak dan 3 darinya masih bersekolah.Tidak seperti tuan yang di beri Allah rezeki melimpah ruah.mudah2an rezeki tuan di berkati dan tuan di lindungi allah sentiasa.Doa saya juga mudah2an tuan sentiasa di lindungi dan tidak melalui ujian getir sebagaimana yang saya hadapi agar suatu hari nanti tiada pula hamba allah lain merasa malu dengan apa yang tuan perbuat untuk menyambung kehidupan.insyaallah.amin


Di atas adalah email penuh dari ujang kepada saya. Dan ya, saya silap faham tapi bayangkan kedengkian yang terbit dari diri kebanyakkan kamu apabila ujang menghantar email kepada saya kemudian sudi pula menerangkan maksud sebenar email tersebut ( lihat komen beliau pada tulisan bertajuk cinta).

Kebanyakkan kamu hanya bercita-cita untuk berkawan dengan beliau. Saya? Saya bukan sahaja berkawan bahkan bersilap faham dan kemudian berkarib-kariban!

Ya, dunia memang tidak adil untuk insan-insan yang lemah seperti kamu semua. Lebih-lebih lagi kepada para perempuan yang tidak menutup aurat dan lelaki yang malas ke masjid. ( Jannah juga terlibat walaupun dia telah mengambil keputusan untuk menutup aurat dalam jangkamasa terdekat ini. Syabbas nak!)

Kemudian cuba pula kamu bayangkan, abdullahjones menulis, ujang melukis dan buku itu di terbitkan oleh Pn. Ainon!

hahahahaha. Maafkan saya, saya sedang mencuba ketawa jutawan. Jang, kamu juga boleh mula berlatih ketawa begitu. Mari kita berlatih bersama-sama. Satu, dua, tiga, hahahahahahaha.

30 comments:

mba2u said...

Oh... komen keduapun tak mengapalah.

AJ... saya memang takut laut. Dok di Dungunpun bukan Kuala Dungun yg dikelilingi laut membiru, tapi di ulu dungun yg dikelilingi kehijauan kelapa sawit.

hahahaha. Kirim salam pada Ylang Ylang ya...

Sir Mute Key Chicks said...

ya.ya.ramai yang sudah tersalah erti tentang e-mail itu.kan pah bedah?

Mat Jan said...

sudah lama aku tidak mengkomen di blog kamu. walaupun selalu baca. tapi sebab kamu sekarang berkawan dengan ujang dan kamu bakal jutawan pula tu, aku nak rajin-rajin komen di blog kamu la.mana tahu boleh tumpang tempias populariti dan kekayaan kamu nanti. err, hajar sihat?

sinaganaga said...

Jones,
Player kau boleh 'main' VCD? Aku ada hantar filem2 pendek ke kau.

Petiais said...

aku kategori salah faham gak ke?ceh?

tuan tanah said...

saya nak tumpang ketawa juga.
boleh?

Obefiend Weiland said...

pelik juga salah paham dengan ayat "malu" itu. saya first time baca dah paham. ntahlah.. maybe saudara ujang dibakar and read the entry with fixed idea on what it meant! miahaha

saya pun malu tengok idola saya sudah tidak lagi melukis secarareghular/ karya ABE hasil kolaborasi dia dan Aie masih bagi saya adalah karya agung dalam sejarah seni negara. aie pun sekarang jadi guest artist dikomik orang. malu saya.

di malaysia masih tiada artist right. lihat saja gila2. masih hendak continue menjaja atuk , 3 dara pingitan dan jaki jipang walaupun artis asal sudah tiada. essence karya-karya tersebut tidak lagi ada.hanya bekas kosong ( empty shell) yang tiada roh.entah bila hak artis terhadap hasil lukisan mereka akan ada? jika Jim Lee dan Todd Mcfarlane boleh mengadakan revolusi komik di US mengapa tidak di malaysia

malu saya.. malu.. ( i'm deeply ashamed)

saya tidak lagi membaca GG dan Ujang sejak artis utama mereka berubah angin. sekarang hanya baca The Star pasal dah 20 tahun baca garfield tanpa ade disruption. still hasil lukisan Jim Davis ( see what i'm trying to say here???)

zizie ali said...

yg terakhir saya beli ialah 'lanun'. tak tahu sebab apa 'lanun' tiba-tiba tiada di pasaran. aku syak sebab ujang benarkan majalah tersebut siar gambar nik aziz (cantik, siapa lukis ya?)

Unknown said...

Pak Dolah,

Bagus betul wacana tentang ke`malu'an ini.

Makna malu juga mungkin sudah berubah...

Kini zaman orang malu buat benda baik dan halal. Malu nak ke masjid, malu nak tutup aurat.

Tetapi tak malu-malu buat maksiat, malah boleh berbangga pula..

edrina said...

Ujang,
Peace Bro.

Abdullah Jones,
Peace AJ.

sinaganaga said...

Jones,
Aku pun, tidak lagi membaca Gila-Gila, Gelihati, Ujang, etc etc.

Kini, aku baca AYAH KITA BOS!!!!

Ha ha.

Note: Kau jangan cemburu dude! Ha ha.

Anonymous said...

saya tunggu.. yang ini..

"Kemudian cuba pula kamu bayangkan, abdullahjones menulis, ujang melukis dan buku itu di terbitkan oleh Pn. Ainon!"

Sir Mute Key Chicks said...

aku pun nak tunggu juga.haha

Obefiend Weiland said...

AJ

kamu lupa menyatakan yang Ujang sebenarnya seorang penulis yang bagus. sukar untuk mencari kartunis yang juga berbakat dalam penulisan. contohnya saya ( saya dapat penyakit bangga dengan diri sendiri dari kamu ni AJ! )kalau anda baca semua karya Ujang dari ABM, Aca dan Abe saya pasti kamu dapat melihat betapa bagusnya storyline komik karya Ujang

too bad komik sekarang terlalu terikut-ikut memuja-muja mendewa-dewi mentuhan-tuhin menyembah-nyembi gaya komik jepun atau MANGA. semuanya mahu melukis seperti Akira Toriyama atau Kia Asamiya sehingga hilang identiti negara dalam melukis

Minggu lepas saya menonton dokumentari "CROSSINGS- A Dato's Lat Story" di Discovery channel. Lat pernah ditegur kerana lukisannya terlalu terpengaruh dengan BEANO ( komik minguan di UK yang fofuler dulu). Lat mengubah strokenya supaya jadi lebih MALAYSIAN. the rest is history. apa komen anda tentang penularan gaya MANGA dalam industri komik negara? seriously..

terima kasih. panjang pulak aku komen

Pegawai Khalwat said...

Betul, aku setuju. Identiti komik kita ntah ke mana.

Tapi sayang juga sebenarnya. Sebab artis komik kita ni terutama yang muda-muda mungkin masih ada pendirian.

Yang ada pendirian pula mungkin kerap berubah pendirian.

Maka tiada penyatuan.

Kerja berkomik, boleh dikerjakan sorang, macam Dato' Lat. Tapi sedarkah kita orang yang dibelakangnya.

Komik juga perlu dijual.

Entahlah.....

Puan Ainon Mohd. said...

Seperti kata tuan Pegawai Khalwat, komik juga perlu dijual. Barang siapa yang mahu menceburi dunia perniagaan, dia perlu memiliki EQ tinggi dalam bidang mengutip hutang. Tuhan maha adil, setiap hambanya diberi kelebihan masing-masing, EQ pandai menagih hutang jarang sekali dimiliki oleh golongan seniman. Inilah faktor mengapa Kampung Boy Sdn. Bhd. hanya dapat menerbitkan Mat Som, kemudian tidak aktif lagi. Selepas itu karya-karya Dato' Lat diterbitkan oleh Berita Publishing.

Terima kasih kepada tuan Gitartong kerana meletakkan kepercayaan kepada saya sebagai penerbit karya regu pilihan tuan Abdullajones dan Sdr. Ujang. Budak-budak PTS itu pandai mengutip hutang buat membayar gaji mereka sendiri dan membayar royalti para karyawan PTS. Mohon diingat PTS mengamalkan dasar perniagaan tidak membeli hakcipta karyawan. Untung sama-sama untung, rugi sama-sama rugi. Saya sebagai Chairman PTS malu apabila karyawan PTS terkenal tetapi tidak menjadi pemilik harta intelek mereka sendiri. Menang sorak kampung tergadai, kata Pak Pandir....

Tidakkah tuan-tuan melihat bagaimana apa yang berlaku kepada harta intelek Ujang sedang akan berulang dengan ramai lagi seniman komik dan kartun yang terkenal sekarang?

Terima kasih atas kepercayaan tuan-tuan semua kepada PTS.

Jannah said...

(Jannah juga terlibat walaupun dia telah mengambil keputusan untuk menutup aurat dalam jangkamasa terdekat ini. Syabbas nak!)

Yeah aku tumpang glamer.

Komik dah maju. Ikut Manga sebab pasaran. Nak dapat rezeki halal kan?

Nak buat camna. Consumerisme kills.

Semua orang mahu kaya macam En Jones juga.

Kalau tak kenapa cikgu2 malaya sanggup buat tusyen di luar sekolah dan mempromosikan pusat tusyen mereka pada anak murid sendiri.

Obefiend Weiland said...

kepada puan Ainon.. PTS itu ape

tapi saya setuju betul, kenapa kartunis tidak dapat memegang hakmilik intelek mereka sendiri. publisher yang untung. penat melahirkan orang lain dapat BIN dan BINTI

sedih juga...

lat untung kerana dia mmg kerja bawah nst.. keh keh

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Obefiend, PTS itu apa-apa sahajalah, "Pukul Tapi Sayang" pun boleh....

Pegawai Khalwat said...

Mr. AJ, tambahan komen:

Saya juga setuju dengan pendapat Puan Ainon. Negara kita memang ramai kartunis, sama ada yang terkenal atau tidak.

Tapi tidak ramai yang berkartun di surat khabar macam Lat, Nuds, Zunar, dan beberapa orang lagi.

Jadi mereka perlukan platform seperti komik, atau majalah kartun untuk menjual bakat mereka.

Penerbit komik ini tentu juga mahukan keuntungan, dan atas sebab itulah karya yang terkenal di komik berkenaan menjadi hak intelek penerbit.

Mungkin kartunis kurang kesedaran atau memang tiada ruang pada masa itu. patutnya hak intelek mereka dipatenkan, dan mereka akan dapat royalti bila mereka meninggalkan kompeni itu.

Sudah tentulah ada terma-termanya. Kalau meninggalkan kompeni mereka semasa nama sedang naik, siapa yang nak berikan royalti.

Ini pendapat saya.

Pss... tertunggu-tunggu juga komik dari kartunis Zoy yang terkenal dengan kisah alam persilatannya.

Sir Mute Key Chicks said...

obe..PTS tu Persatuan Tulis Surat. tak pon Penulis Tanpa Sen.haha. khas untuk panulis yang miskin dan bakal menjadi jutawan macam AJ.

Kopi Suam said...

wah satu usaha murni yang sangat bagus..teruskan saya akan jadi yang pertama membeli...

Obefiend Weiland said...

maka nanti bila komik keluar adakah namanya UJANG v2.0 atau JONES COMICS?

tu soalan saya.

blackpurple @ jowopinter said...

Suka baca JIBAM.......hehehe

Anonymous said...

Ya, saya pun dah tak baca GG lagi. Lama dah... namun gaya penulisan blogger Melayu kebanyakannya sama atau seakan-akan gaya penulis GG seperti Mat Romeo, Malungun, Akula MD, dan beberapa orang lagi.

Anonymous said...

dah kaya raya nanti jangan lupa bayar zakat ye pak jones.

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Obe, saudara dapat menjadi penulis yang menikmati hidup selesa berkat bakat yang ada pada saudara. Ada caranya. Masuklah kerabat PTS dan ikuti kursus yang kami adakan.

Anonymous said...

Tapi sajak AJ sudah diterbitkan dalam buku Jiwa Kacau. Penerbitnya Basri. Ketawa jutawanlah dia.

-basri

Anonymous said...

ada kartunis sorang lagi, apa nama.. Nan pasal pemandu teksi. besh jugak kartunnya. saya suka gunting simpan dalam buku skrap, lepas tu kumpul banyak2 kakak saya bakar huhuhuhu

-basri

Anonymous said...

Enjoyed a lot! California mega lottery winning numbers Canada insurance multi travel trip