Semasa menulis ini, blog saya sudah dua hari tidak dapat di masuki. Saya tidak tahu apa masalahnya. Sangka saya blogspot menghadapi masalah.
Saya masih boleh menulis, cuma muka depan yang tidak boleh di buka. Maka saya pun menulislah.
Adakah saya gusar dengan hal demikian? Sudah barang tentu kerana saya adalah seorang yang sangat perihatin terhadap tumbesaran para peminat dan pembaca blog saya.
Tentu kehidupan kamu sekarang ini ibarat cacing kepanasan. Meliuk melentik keresahan kerana tidak dapat membaca tulisan hebat saya.
Tentu juga rumahtangga kamu sedang kucar kacir kerana kamu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada anak dan isteri dan pembantu rumah atau kepada suami dan anak dan pembantu rumah.
Jaga-jaga, nanti suami mu di curi dek pembantu rumah. Jaga-jaga, nanti anak kamu akan membesar tanpa kasih sayang dan yang paling malang, takut-takut anak kamu membesar dan menjadi penulis blog!
Kamu juga khabarnya tidak lagi bimbang dengan harga petrol. Tidak juga kamu rungsing dengan bakal kenaikkan tarif letrik. Budak manis Kuala Lipis itu pun kamu tidak perduli lagi di nikahi siapa. Bermisai atau tidak.
Yang kamu semua risaukan adalah mengapa blog saya tidak boleh di buka.
Dan khabarnya sudah ada ura-ura beberapa puluh ribu pembaca blog saya akan mula berpiket!
Saya terharu. Anisah juga terharu. Ada air mengalir lesu dari birai mata kami. ( anak mata saya berwarna cokelat cair yang juga akan mencairkan semua yang melihatnya. Di tambah pula dengan tahi lalat di bawah mata kiri, fuh! pengsan wa cakap lu. Sumpah! Tanyalah si bunga rampai). Kami sangat terharu. MALAYA OK!
Terima kasih semua.
Cuma saya bimbang akan pembelajaran anak-anak kamu. Saya bimbang peratusan SPM dan STPM tahun depan akan merundum dek kerana gangguan emosi para pembaca blog saya masih masih bersekolah menengah. Kasihan mereka.
Kepada mereka dan para pelajar universiti atau kolej universiti atau politeknik atau maktab perguruan, saya berharap kamu semua bersabar dah tabah menghadapi dugaan hidup yang amat berat ini.
Tuhan bersama-sama hamba-hamba yang sabar.
Cuba bayangkan, saya menulis di blog yang tidak boleh di ekses. Gila berblog sungguh saya ini.
Friday, March 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
32 comments:
abang bisa membuatkan saya mengigau setiap malam.
Pak Dolah,
saya bukan risau sebab tak ada posting baru. Saya risau takut pak dolah belum berhenti muntah lagi.
kalau berterusan muntah, harus berjumpa doktor. Dah sah bukan sebab misai.
Takkan mengandung kot.... ;)
saya buka blog kamu, tiada masalah pun. mungkin komputer kamu yang bermasalah disebabkan kamu termuntah sambil menulis blog. haha
hmm ingatkan dullah badawi sudah pangkah ini blog. maklumlah mesej dikembalikan sebagai 404 forbidden. ku tekan butang refresh sebanyak 23 kali ( saya kira saya tahu) maka saya pun give up untuk memnbaca bloh dulah jones selama 3 hari. hmmm dato' K.. mmg misai dia seperti putera mukhtadee billah. jika putere mukhtadee billah boleh dapat isteri muda 16 tahun. apa salahnya Dato' K kawin dengan Siti Nurhaliza kan? lagipun.. siti juga yang bakal geli bila di cium Dato' K..K tu untuk apa ye.. adekah KUMIS
berkenaan blog.. hmm saya seorang penulis blog juga. maka adakah bermakna ketika saya muda rumaja dulu ade penulis blog saya tak acess blognya sehingga im emotionally stressed seperti kini.hmmm.
Ooo.. tuan rumah pun tak boleh masuk. Tak pasal2 kau kena sumpah seranah aku jones. Aku ingat kau 'blocked' aku dari masuk. he he he.. nasib baik aku ada gitar tong.
Aiseymaaaaaann ...
Saya ketawa kecil pak dollahjones ... lucu sekali bapak ini. Namun dalam kelucuan itu ada nada sinis yang bisa memberi pengajaran. Terima kasih.
Semalam hati saya cukup rawan sebenarnya kerana tidak dapat ekses blog Keng. Lain-lain blog okey saja, dan blog bapak ini saya layari macam biasa.
Kalau bapak mahu tahu, saya kepingin sekali membaca entri bapak yang punya satu baris ayat saja. Mungkin hasrat ini tidak akan kesampaian kerana bapak mulutnya memang becok sekali :)
Ermm... bila pula kita pernah bersua wajah pak? Tapi tahi lalat di bawah mata kiri tu ... ya, wa caya sama lu. Menurut fengshui tandanya empunya diri akan dikenali ramai (ooohhh ! ...)
Salam.
Agaknya discan oleh ISA.
Tapi aku rasa yang risau melampau bukannya pembaca, tapi penulisnya.
Tetap menulis walaupun tahu tak dapat dibaca.
Risau sangat pembacanya lari.
Haha..
sama ler ngan teman, ingatkan pak dolah tak bagi org yg tak der blog masuk, rupanya tuan rumah pon sama, ataupon Ikut Suka Aku dah jadi peminat blog DolahJones ni, maklumlah nama sama Dolah, sensitif sikit:)
Teruskan penulisan anda
jones:
tak dapat masuk sesetengah blog pada satu-satu ketika adalah perkara biasa. mungkin blogspot mahu kita faham bahawa mereka miliki kuasa yang amat besar. suisnya di tangan mereka.
jones telah melakukan tindakan yang betul kerana terus menulis walaupun tak dapat masuk laman index.
sesungguhnya buat masa sekarang saya masih lagi berpendapat bahawa blog adalah wadah yang releven unt kita mengenal manusia. pelbagai perwatakan manusia. terutama perwatakan dalaman.
saya tidak terlalu mengharapkan akan bertemu dengan watak-watak dunia blog ini di alam nyata. saya belum berminat kepada perwatakan luaran mereka.
Usah risau tentang peratusan SPM atau STPM kerana ianya boleh diubah-ubah.
Dullah pastinya tidak gemar membiarkan peratusan itu menurun.
jones, tidaklah sampai meliuk melentik keresahan, cuma saya tertanya-tanya :)
Assalamualaikum
Saya sedang tekun berstadi. Mekasih sbb memberi sokongan berpadu yer. hekhekhek
Aja-Aja Fighting!
Bangga sebentar, Maktab Perguruan dimention in Jones Famous Blog.
Memang benar tak bisa access, I thought my link jek yang tak berfungsi.
A dosage of Jones taken in daily intakes takes the blues away. Betul. At least dapat meneruskan perjuangan dibidang pendidikan.
By the way baru tengah belajar, tak grad lagi, perasan teacher coz mengajar weekend tutorial.
Gamba En Jones!
Bab tarif letrik tu government tengah carik formula la. Bersabor ajelah, kalau cepat dapat formula kita juga yang rugi....
Mereka lupa kat sepang ada Fromula One, paling koman pun kalau lemah arithmetik jumpa Adi Putra boleh dia bagi formula. Formula tu kelak akan ada tanda campur +. dan anak panah ^. Percayalah!
Labu
Semalam saya tengok Cerekarama di TV3. Tajuk dramanya Mencari Abdullah dan tiba-tiba saya teringat Encik Abdullah Jones.Hahahaha
Laa.... dah ok ke?
Rugi ja aku beli manila kad dengan magic pen sebab nak tulis ayat-ayat berpiket.
Tak rugi sangat sebab aku kayuh basikal ke kedai. Tak pakai minyak, pakai minyak rantai saja.
iyelah Abdullah,
ada problem mau upload gambar dari pagi tadi... tapi blogspot ni pon percuma jadi saya tak boleh nak komplen...
oh, darah sudah tak panas lagi :)
hello ayahku abdullah...
contengan awak tidak pernah gagal membuat saya ketawa.
betul.
haha. janganlah korang semua piket blog nih. dah tentu kat sini jer korang leh baca luahan sebenar hati seorang yang digelar manusia. well, inikan blog Abdullahjones. jom jalan-jalan cari abdullah
Che Lah, saya membaca penulis blog ini ditimpa penyakit psikologi kronik.
Dan bila, penulisnya semacam mengaku ke arah itu, maka pembaca-pembacanya pakat beramai-ramai mengaku juga ke arah itu.
Aneh, aneh, dunia ini, Che Lah.
la..
ingatkan dah tutup blog kerana ada peminat misteri sering menganggu.
hahaha
har har harus2.
berterima kasihlah pada Blogspot Jones sebab mereka beri kamu peluang untuk menulis. Jangan agah :)
seorang lagi penagih blog.. hmmmm
risau betul saya.ingatkan AJ berpiket.
sindrom SS ke?
amboi kacaknya!
blog oh blog!!! .....
En Dollah, menyerlah sungguh aura keperasanan kamu..muahahahahahaha...muahahahah...
bila nak bersara
Aku baru mencuba2 membaca 'entry' ini. Ada sesuatu..... Tak tau apa...? hehehe
Post a Comment