Filim Mambo King lakonan Armand Asante dan Antonio Bandares adalah sebuah filim mengenai hubungan rapat dua beradik. Sebuah filim yang sangat menarik dan di selang-seli dengan lagu-lagu yang juga menarik.
Dan sesuailah filim itu kerana saya menonton filim itu di rumah kawan rapat yang saya anggap seperti adik beradik saya. Saya dan Nor bersekolah di tempat yang sama dari darjah satu sehingga sekolah menengah. Masa persekolah dan remaja saya banyak di habiskan bersama dia. Ibunya juga saya anggap seperti ibu saya sendiri. Kakak Nor adalah penyanyi terkenal tahun 80an dulu dan katanya sedang berusaha sedaya upaya untuk kembali popular sekarang ini. Nasihat saya kepada dia, lupakanlah kak, awok dah tua.
Saya tidak dapat mengagak sejauh mana eratnya persahabat kami sehinggalah selepas sekolah menengah, saya kemalangan jalanraya dan Nor, ketika itu sedang melanjutkan pelajaran di Kedah bergegas pulang untuk menziarahi saya. Dia memberitahu saya yang dia kebetulan bercuti tetapi ibunya berbisik kepada saya yang dia segera pulang apabila ibunya menalipon dan memberitahu saya kemalangan.
Kami kekal bersahabat sehingga hari ini. Cuma saya kurang senang sedikit dengan dia kerana selain masih aktif sekali sekala menghisap ganja, dia juga tidak berapa rajin bersembahyang. Dia juga sangat berjaya didalam kehidupan dunianya. Dan seperti kakaknya, dia juga masih belum bersedia untuk berhenti hidup dalam alam glamor. Orang tua menghisap ganja dan malas sembahyang, kesedihan saya adalah kerana saya tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu dia selain berdoa.
Persahabat lelaki dan lelaki pada saya adalah ikatan paling ikhlas dalam hubungan manusia. Tidak ada apa yang di harapkan kecuali err... company, maaf saya tidak dapat mencari ayat melayu untuk perkataan itu, maklumlah, saya duduk England.
Lihat saja para lelaki yang berkumpul sesama kawan. Berjam-jam duduk berbual kosong. Meninggalkan keselesaan rumahtangga. Hanya untuk bertemu kawan. Tidak kira samada kawan-kawan mereka kaya atau miskin. Yang penting mereka gembira apabila duduk berkumpul bersama.Jika ini bukan ikhlas, saya tidak tahu apa itu ikhlas.
Perempuan biasanya akan melupakan terus sahabat-sahabat lama mereka sekilas/sejurus mendapat sahabat baru yang lebih kaya dari sahabat lama mereka. Status amat penting pada mereka. Kerana itulah perempuan amat gemar menceritakan kekayaan suami mereka kepada manusia ramai.
Perempuan juga tidak ramai yang setia dalam persahabatan dan biasanya jika memutuskan persahabatan, peluang untuk kembali bersahabat adalah amat tipis. Jika mereka marahkan lelaki? Mereka simbah asid. Pernah dengar lelaki simbah asid ke muka perempuan?
isshhh. melalut.
Moralnya, persahabat lelaki dan lelaki (yang tidak pondan) adalah perhubungan terikhlas di dunia. Contoh terbaik, Persahabatan Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam dan Para Sahabat.
p/s:
Dahri : wah! Nik Mohamed, cantik sungguh set perabut jati di rumah kamu ini!
Nik Mohamed: Ya, itulah set perabut jati yang saya beli hasil wang hadiah dari esastera.
....
Ron : Plak apakah itu di dalam almari plywood kamu itu Jali?
Jali : err.. oh! itu hadiah johan pakaian beragam tadika Sabrinamon.
Ron : dia berpakaian seperti kambing?
Jali : err.. ya.
Ron : Kelakar sungguh!
Jali : Ya, sangat kelakar.
Thursday, February 23, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
36 comments:
ikhlas? macam semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita.
haha
masih tak puas ati dengan hadiah cap kambing?
ikhlas... realiti lelaki & lelaki
HUmmm.... macam mana agaknya berkawan dengan lelaki yang ada gender confusenisme.
Tak kira la laki minat laki ka, berpakaian tak macam laki ka, laki minat laki orang ka.
hehe..
tau dah e-sastera hadiah dia kaw-kaw. Haha..
Saya suka tengok lelaki Bangla bersahabat. Ikhlas sungguh, berjalan pun berpegangan tangan...
saya rasa perempuan bukan tak setia dalam persahabatan, cuma mungkin mereka lebih komited dengan keluarga masing2.
seronok agaknya ketawa atas kesedihan orang lain ya?
saya menyokong NBB .. bukan tak setia tetapi kita mempunyai banyak komitmen lain selain dr bergebang dengan rakan-rakan. Rumahtangga dan anak2 perlu diurus. Sahabat penting dalam kehidupan tapi keluarga lebih penting... Just ingatan pada para suami yg melebihkan kawan-kawan dari isteri sendiri... fikirkan sekiranya anda terlantar di hospital kelak kerana angin ahmar/stroke atau apa ajer sakit.. adakah kawan2 setia itu yg akan mencuci/mencebokkan anda?
ya, saya pernah dengar lelaki simbah asid ke muka perempuan. bukan satu kes. bukan dua kes. tetapi lebih dari itu.
perempuan, lepas kahwin kalau dia nak keluar jumpa sahabat-sahabat, dia perlu minta izin suami. dan biasanya dia akan membereskan hal keluarga dahulu (walaupun tanggungjawabnya yang sebenar adalah melayan suami dan melahirkan serta mendidik anak sahaja. tapi tiba-tiba kena cuci baju, jemur baju, masak, kemas rumah, kerja (kadang-kadang tanggung suami dan beri nafkah untuk suami pula!) dan lain-lain, sebab sudah turun-temurun macam tu. nanti jadi derhaka pula kalau tak buat).
dan kalau suami dia tak izinkan, nak buat macam mana?
oh. saya ini perempuan. sebab tu emosi. saya berfikir guna hati. :)
sya,
sebelum lelaki tua kena stroke, si isteri kena simpan semua maklumat(i.e. add, no phone) sahabat2 ikhlas lelaki yang akan tua itu. Ha-Ha.
ps: aj jgn marah... nanti cepat kena stroke!
hahahahahahaha!!!!
lawak-lawak!!! bab plak kambing tu!
hampeh sungguh jones...
saya sependapat dengan kamu bab persahabatan lelaki dan lelaki adalah persahabatan yg paling ikhlas.
dan, berdasarkan pemerhatian saya, perempuan tak setia dalam persahabatan. empat tahun saya di U dulu, empat tahun saya duduk serumah dengan kawan-kawan lelaki yang sama. tapi kawan-kawan perempuan saya, tiap-tiap tahun mereka berpindah-pindah rumah, bertukar-tukar kawan serumah. ada-ada saja benda yg tak puas hati.
perempuan sangat berkira. seorang kawan perempuan saya cerita, di rumah mereka, telur dalam peti ais pun tulis nama dengan marker. supaya kawan mereka tak makan telur mereka.
lelaki tak berkira. kau makan maggi aku, aku minum teh kau, kau pakai baju aku, aku pakai seluar kau.
Jiwa Rasa: "Saya suka tengok lelaki Bangla bersahabat. Ikhlas sungguh, berjalan pun berpegangan tangan.."
kalau lelaki malaya berpegang tangan dengan kawan lelaki, mesti org kata gay. walaupun benda tu tak salah (laki pegang tangan laki maksud aku, bukan gay).
tapi kalau lelaki berjalan pegang tangan dengan kawan pomuan, org tak kata apa pulak. hehe... malaya... malaya...
MJ..aku setuju sgt ngan pendapatan kau tuh...kalo lelaki ngan lelaki jenjalan pegang2 tangan..sure ramai bukak mulut kata dorang gay..ahaks..tapi kalo pompuan ngan pompuan tuh takder plak dorang kata lesbian..lelaki ngan pompuan yang bukan muhrim tuh plak camner ek??takder plak orang nak cemuh dorang kan..??
hana_kirana..memang lah adat dan resam nya macam tuh..kalau isteri, nak keluar rumah..kenalah minta izin suami, kalau tak dikira sebagai derhaka..kalau nak tau..perempuanlah yang paling senang masuk syurga dan perempuan jugalah yang paling senang masuk neraka..jaga solat,jgn derhaka kpd suami,jgn derhaka mak bapak...clear..melawan suami(depend on situations) walaupun jaga solat...pon clear..hiks
aku ada satu cerita..abang aku nyer binik pernah tampar abang aku sebab dengar tuduhan melulu dari seorang bomoh..yang mengatakan abang aku ada hubungan sulit dengan seorang perempuan sampai perempuan tuh mengandung..dan bila di check di klinik, perempuan tuh takder apa-apa n again..pon takder apa2 hubungan pon pompuan tuh ngan abang aku sebab, pompuan tuh kawan rapat abang aku n dia dah nak kawin..dengan lelaki lain..dan tanpa usul periksa,salah tetua tak sekolah, tak belajar ugama..binik abang aku tuh pon..pang..kasik lima jarik kat pipi abang aku..
so??pk pakai otak??pk pakai hati?? pk pakai nafsu??or pk pakai buku lali???
think about it dude..
saya berkawan baik saja dengan laki mahupun perempuan. pada pendapat saya, mereka ada kelebihan dan kekurangan masing2. yang perlu dinilai adalah diri kita sendiri, bukan diri kawan2 kita berkenaan.
quote AJ:
"Moralnya, persahabat lelaki dan lelaki (yang tidak pondan) adalah perhubungan terikhlas di dunia. Contoh terbaik, Persahabatan Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam dan Para Sahabat."
Saya belajar, sunnah Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam jumpa sahabat peluk, cium pipi.
saya rasa, sebab itu agaknya saya masih tiada sahabat sampai sekarang. kecuali ibu dan isteri saya.
orang lain semuanya memberi reaksi geli2.
sedih.
to quote Sayuti
Saya belajar, sunnah Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam jumpa sahabat peluk, cium pipi.
lebih mudah untuk ikut dari praktik. bukan mudah nak cross over cultural barrier wahai teman. dunia arab mmh high contact antara lelaki same lelaki. so tak kesah la nak peluk cium. culture melayu kita lowcontact. paling lebih pun hanya bersalam sahaja tak kira lelaki atau wanita. yang bercium hanya la wanita sama wanita macam artis kita semua tuh. bukan nak mengutuk sunnah atau komen. tapi CULTURE tu bukan boleh diubah semudah ABC atau 123. tak begitu?
kerana itulah amalam kristian di indonesia atau afrika masih ade mengekalkan amalam animisme. tak boleh nak buang lagi. sedangkan di malaya pun ade perdebatan antara orang tionhua mengenai boleh atau tak boleh amalkan "ancestral homage" dikalangan china kristian. siap keluar paper. jadi isu hangat! sama macam melayu la. ade yang masih nak bersanding lagi.walhal ade kata tak boleh. anda dulu bagaimana sayut? ade sanding?
kuar topik pula
SAYA TAK SETUJU NGAN JONES kali ni. saya rasa agak sweeping satement kata antara lelaki persahabatannya lebih tulus. saya rasa kalangan wanita pun ade yg lagi tulus dari antara lelaki. saya sendiri teman baik saya seorang wanita. dia sahaja yag kerap bertanya kabar dari habis SPM sampai sekarang.kawan lelaki yg kamceng tak hingat dah tak kontek saya lagi! ape cerita?
Aj, saya setuju. Walaupun saya perempuan.
Eh, bukankah entry ttg persahabatan saya dah tulis dalam blog saya dulu? http://tanahpusaka.blogspot.com/2006_02_11_tanahpusaka_archive.html
quoting obefiend
"tapi CULTURE tu bukan boleh diubah semudah ABC atau 123."
kata2 anda itu semua hanya dalam Mindset kita sahaja. mengapa?
1. kapel bercumbu2an secara terbuka. itu bukan culture kita. mudah saja kita terima.
2. menari terkinja2 di dalam kelab2 hiburan. itu bukan culture kita. mudah saja kita terima.
3. persetubuhan sebelum kawin. itu bukan culture kita. mudah saja kita terima.
4. black metal, punk, dangdut. itu juga bukan culture kita. mudah saja kita terima.
5. mementingkan diri, kedekut senyum, tidak bersopan. itu bukan culture kita. mudah saja kita terima.
6. skirt pendek, baju menunjuk pusat, baju baggy, baju hiphop. itu saya yakin bukan budaya kita. mudah saja kita terima.
maka, saya rasa faktor penerimaan dan pemahaman itu yang lebih penting.
saya tak bersanding. sekadar duduk atas pelamin dan bergambar tanpa ada renjis. bini tersayang tidak mahu, tapi saya bisikkan; "jaga hati mak ayah itu lebih penting."
tuan tanah: sudah baca dan sudah tinggalkan komen.
err, AJ,suratkabar british kedekut komik sebab sibuk nak penuhkan PAGE 3 tu!.
persahabatan?.
selalunya kalau dlm memilih sahabat yg betul-betul baik dengan ko ialah berlawanan jantina.
contoh: ali kawan dengan abu tapi dia baik sungguh dengan minah.
kerana bila bab-bab nak curah perasaan,ali akan carik minah utk bercerita,kalau dia cerita kat abu,paling koman pun kena sound dengan abu "hek eleh,lu jiwang karat sgt apahal?.lu dpt romen2 awek tu,lu blah jeklah!.takyah poyo sgt!".
see?.
sahabat yang baik-baik sgt tak kenal jantina tapi kena kenal hati dan perasaan.
sekian mekasih.
terima kasih encik Sayut
while you have a point in your post i still think MEN on MEN relationship seperti yang kita katakan tadi masih tidak feasible. pasal cium, setubuh dan sebaginya tuh sebenarnya dah lama dah ade. cumadulu subculture yang tak ade liputan sangat. tengok sahaj zaman 70'an dan jgn terkejut pasal waktu tuh malaysia lagi world dari sekarang ni.
jumpa aku sila la cium. macam tak kenal je aku kan? muah! muah
bercakap pasal culture!
kenapa culture yang buruk jek yang senang diambil pakai. culture baik tak ada pula yang nak start. for example culture baik orang jepun yang tak suka membuang sampah merata rata. culture baik orang putih yang tahu duduk sebelah kiri di eskalator LRT atau PUTRA. culture baik gentlemen yang tahu memegang pintu bila nampak orang nak masuk atau keluar. ini tidak. lagi nampak orang nak lalu lagi diceptkan nak tutup pintu tuh. maybe semua ni saikologi manusia. lagi ditegah lagi dibuatnyakan? no comment. te human mind is more complex than u can ever think!
eff.
cium kau? aku rela cium kambing! haha.
actually, pendapat tentang persahabatan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan tu, aku ada komen dekat blog Tuan Tanah. boleh baca dekat sana.
i'm not against you, man!
tumpang lalu tuan rumah....
mat jan,
org laki2 tak de tulis nama kat telur mereka kah?
atenah: haa??? tulis nama kat telur kamiii??
oh, telur yg dlm peti ais tu? tak :)
mat jan dan atenah,
dulu di asrama kami tulis nama pelajar2 form five yang kami benci di atas telur sebaik sahaja mereka selesai menduduki spm.
kami simpan telur itu untuk dilontar ke atas kepala mereka dari atas asrama bila mereka datang ambil keputusan.
nothing personal, just revenge.
Obefiend,
"saya sendiri teman baik saya seorang wanita. dia sahaja yag kerap bertanya kabar dari habis SPM sampai sekarang.kawan lelaki yg kamceng tak hingat dah tak kontek saya lagi! ape cerita?"
Kau ni slow la, dude! Minah tu minat kat lu la.
Sayuti,
6 contoh yang kau bagi tu bukan perbandingan setara dengan kenapa lelaki malaya tak cium lelaki lain. Apa kehenya nak cium lelaki, dude? Kau jalan berpimpinan tangan pun dengan lelaki lain pun orang dah pandang semacam. Apa lagi kalau kau cium!
Lagipun 6 contoh kau bagi tu sedap-sedap belaka. Gesel-gesel berlawanan jantina? Bersetubuh? Siapa kata tak sedap?! Jalan nampak pusat, alur punggung? Orang yang tengok rasa stim saja. Kalau boleh nak lebih lagi.
Jadi kesimpulannya, jangan simpulkan apa-apa. Pening kau nanti, dude!
:)
jgn diukur kesetiaan seorg sahabat berdasarkan faktor jantina.
ko nak pakai loreal ikut hang lah.
Sahabat baik.
Kalau sahabat baik saya lelaki ada kebarangkalian saya akan jatuh cinta padanya.
Kalau pompuan saya sayang padanya dan membawa pada perasaan konfius, aku ni lesbian ke.
Lebih baik kita bersahabat biasa saja. Jadikan diri sendiri sahabat baik kita.
Eff, tambah lagi perangai orang puteh yang bisa kita ikut. Kalau nampak akak mengandung masuk lrt, bangunlah and give up your seat kan? Aku pernah jugak buat benda ni, tapi orang buat bodoh jek, lagi tensen kalau ada lelaki macho dan sihat yang tidak mahu beri seat kat pompuan. Cuba tanya penghuni UUM, kalau berebut bas, mana pernah student lelaki nak give up seats for girls yang kononnya lemah kan?
:)
-basri
tujuh86, saya rasa komen saya sebelum ini telah anda tafsir secara luar konteks - tentang 6 contoh itu.
harap maklum
Assalamualaikum, lari tajuk sikit ya. Saya kalau nampak lelaki yg tak paham2 nak bangun kalau ada pregnant woman or org tua, (selalunya kat LRT) saya sahajalah yg bangun. Anggap sahajalah lelaki2 tu lemah dan berpenyakit walaupun nampak gagah perkasa. Kasihan..
Shuhada
Post a Comment