Friday, December 16, 2005

lagi

i

seperti yang di jangka, Kak Cik mengandung tanpa nikah.

Kak Jah di tikar sembahyang dan memakai telekung yang di beli di Indonesia. Dia baru sudah sembahyang Maghrib (yang semalam tertinggal sebab sibuk ke pasar malam)

Kak Jah: Mengapa ya Allah? Mengapa Engkau uji hambaMu ini dengan begitu berat ya Allah? Tidak tertanggung rasanya ya Allah akan ujian ini. Mengapa Ya Allah, mengapa Engkau izinkan Kak Cik mengandung? Mengapa ya Allah.

Kak Jah bangun sambil mengesat air mata dan air hidung menuju ruang depan. Kelihatan Abang Man dan Kak Cik sedang asyik menonton tv siri Kisah Benar.

Kak Jah membuka telekung, dan teresak-esak.

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa buat macamni? Kak Cik tak sedih ke tengok mak sedih?
kenapa Kak Cik? Kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa? (sambil mengoyang-goyangkan tubuh Kak Cik)

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa Kak Cik tak suruh dia pakai kondom? Kenapa Kak Cik?

ii.

Kak Cik : Memang selalu dia pakai pun, tapi ada sekali tu, bocor. Kak Cik dah suruh dia berenti, tapi dia tanak. Kak Cik biarkan aje la. Kak Cik takut dia marah. Kak Cik sayang dia.

iii.

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa? kenapa Kak Cik? Kenapa? (memegang kedua-dua bahu Kak Cik dan mengoyang-goyangkannya)

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? kenapa? Kenapa Kak Cik? kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa kak Cik tak suruh dia pakai kondom mahal? Kenapa Kak Cik? Kenapa?

Abang Man bangun perlahan-lahan sambil mendengus lalu keluar dari rumah. Dia memang begitu, tidak suka rumahnya bising-bising. Dia orang seni, sukakan kedamaian.

Kesian benar saya melihatkan Kak Jah, menangis dia tak henti-henti. Menarik-narik rambut dan memukul dadanya sendiri. Sedih benar saya melihat Kak Jah. Saya yang menulis kisah ini pun hampir menangis.


Demikian tadi gema Jumaat untuk minggu ini. disebabkan minggu ini kita semua sedih dengan malang yang menimpa Kak Jah, maka majlis tidak menjemput sebarang selebriti. Mari lah kita sama-sama membaca al-Fatihah buat di hadiahkan kepada ibu-bapa, anak-anak,adik-beradik,saudara-mara, jiran tetangga dan seluruh umat Islam yang telah meninggal dunia. al-Fatihah.


p/s: naga, lagu one more cup of coffee dan maggie's farm.

11 comments:

Anonymous said...

kenapa kak jah memakai telekung yang dibeli di indonesia, bukan di malaysia atau pun di sarawak? adakah kerana kak jah pada masa itu berada di indonesia juga?

tuan tanah said...

Kenapa Kak Jah hanya suruh 'kawan orang' Kak Cik itu pakai kondom saja? Kenapa Kak Jah bagi idea pakai kondom mahal pula? Kenapa Kak Jah tidak larang Kak Cik berzina pun? Kenapa Kak Jah? Kenapa? (tanya saya sambil memegang kedua-dua bahu Kak Jah dan mengoyang-goyangkannya)

sinaganaga said...

Dude,
Orang seni ni hyper sensitif. Semua bunyi kepadanya adalah terlalu kuat!

Ha ha.

Mat Jan said...

jones, kenapakah ruangan fotopagesmu dipasswordprotectedkan?

bolehkah kamu memberi aku pass masuk?

jongkangz AT yahoo DOT com

Zackyun said...

bijak penulisan org seni spt kamu nie.kagum dgn kesederhanaan kamu.chayok!

Zackyun said...

cerita awak tue sama je macam cerita yg terjadi pada sahabat baik saya(watak k. chik)...

bukan sekali dua,tapi dah beratus kali...sikit pun tak terasa berdosa.

skrang,kwn sy kena dah tinggal dgn bfriend dia.

kwn sy nangis..bukan kerana dosa..tapi sebab kena tinggal..

pastu salahkan wayang mid-nite yg mmaksa dia xbalik hostel,salahkan hujan yg lebat,xm yg tensen..

kan islam dah kasik guideline?dahtu nape tak ikut?

Tok Rimau said...

Tok Rimau dari casting department. Saya sudah ke Sekolah Buta Elizabeth mencari pelakon tambahan. 3 orang berbakat. Cina-cina bertiga tunggu untuk ujibakat.

Ku Keng said...

Saya sangkakan di ruang rumah Kak Jah ada hanya tiga orang - Kak Jah, Kak Cik dan Abang Man. Tapi bila Tuan kata: "Kesian benar saya melihatkan Kak Jah, menangis dia tak henti-henti. Menarik-narik rambut dan memukul dadanya sendiri. Sedih benar saya melihat Kak Jah. Saya yang menulis kisah ini pun hampir menangis", saya mulai syak takut takut Tuanlah orang yang dimaksudkan oleh Kak Cik! Mengapa tidak beli kondom yang mahal? Kondom pemberian Kementerian tu murah.

June said...

eh... bukankah Kak Jah sanggup keluarkan duit ASB untuk gugurkan anak tu?

Angah said...

sinis.

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! lexapro loss weight success stories tenuate 1940 cadillac lasalle Smart water filters $500 no fax payday loan Virus shareware subaru off road accessory Review 2001 cadillac deville call center quality controller pipps hill 472 cadillac 4runner 1997 Cadillac car reviews 1974 cadillac sedan deville 2002 dodge 1500 slt 33advertising campaign propecia Black tan sofa slipcover Cadillac de ville 1997 value cadillac 2004 Non nude upskirt asian galleries Cheap calls chile Russell and bromley handbags