Menjerit di kala kesakitan adalah sebahagian dari pelepas kesakitan itu sendiri.
Tampal pita pelekat di mulut kamu, ambil sebuah (?) tukul dan hentakkan ke ibujari
kaki kamu. Kesakitan yang kamu alami akan berganda hanya kerana kamu tidak dapat menjerit kesakitan.
Cuba bayangkan, sakit dengan mulut terkunci. Cuba bersungguh-sungguh.
Di akhirat nanti, sebagai bonus kepada sakitnya siksaan, mulut dan suara kamu akan di kunci
dari mengeluarkan bunyi.
Cuba bayangkan, dipukul bertalu-talu tanpa henti walau sesaat untuk selama-lamanya dengan mulut terkunci. Cuba bersungguh-sungguh.
Walau bagaimana pun, siksaan ini tidak akan kamu lalui jika kamu sudi menerima pelawaan Tuhan untuk kekal beriman didalam apa juga keadaan.
Jika sudah selesai membaca tulisan diatas, ambil al-Quran dimeja sana dan bacalah walau sebaris ayat.
Sekian sahaja gema Jumaat kali ini. Majlis menjemput Mawi untuk membacakan apa-apa yang beliau suka kerana beliau baik.
Friday, November 18, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
entry abdullahjones memang unik. kadang2 tak tercapai dgn minda sendiri. terima kasih kerana sudi berkongsi.
sharing is caring :)
SOmething to reflect. Thanks for sharing.
DI DALAM merujuk kpd sesuatu ruang yang nyata. DALAM merujuk kpd sesuatu ruang yang absurd.
Tapi,
kata Kasim Ahmad dan Saleh Ben Jonid, “Kalau kau sibuk fikir pasal linguistik baku ni - sampai bila pun kau tak akan menulis!“
Aku? Saja gatal hendak beritahu. Kau.
Terima kasih untuk peringatan ini.
kelak, aku akan menjerit kesakitan dalam hati, akulah perempuan berpelajaran tinggi yang masih bodoh!
setelah mendengar ribuan gema Jumaat di atas bumi, masih senteng amalnya.
Post a Comment