Friday, August 19, 2005

cinta yang

Bangkok Hilton adalah nama kepada penjara pusat Thailand. Setiap bulan (atau enam bulan sekali, saya lupa) akan di adakan hari terbuka. Hari terbuka ini berlainan dari hari terbuka yang kita faham. Pada hari terbuka ini, sesiapa sahaja dibenarkan untuk melawat para banduan. Tidak kira sama ada kita kenal atau tidak akan banduan-banduan tersebut.

Hari ini telah menjadi satu tarikan secara tidak langsung kepada para pelancong yang datang ke Bangkok untuk melawat para banduan pada hari terbuka tersebut. Banduan dan sesiapa yang datang berkunjung di hari terbuka tersebut bebas bebual. Tetapi mereka di pisahkan oleh pagar. Jarak diantara banduan dan tetamu adalah lebih kurang sepuluh kaki. Jadi untuk bebual mesra sambil berpegang tangan mungkin tidak boleh. Pelawat dan banduan terpaksa bebual secara menjerit. (' i'm from Penang, malayasia! tell my wife i'm here! she dosen't know i'm here!' jerit budak seorang budak melayu adalah antara suara yang didengar)

Ramai diantara tetamu yang datang adalah mat salleh yang memang kerjanya melawat banduan. Mereka bukannya mubaligh atau ahli persatuan mana-mana. Mereka datang cuma untuk melawat banduan. Mereka akan duduk berbual. Mereka adalah pendengar yang amat baik. Ceritalah apa saja, mereka akan mendengar dengan tekun. Mereka rajin memberi semangat kepada para banduan. Dan kita boleh lihat kegembiraan yang terpancar dari wajah banduan-banduan ini. Mungkin setelah di kurung sekian lama, tiba-tiba dapat meluahkan perasaan tentu akan mengurangkan sedikit tekanan.

Sifat melawat orang yang tidak dikenali ini mungkin tidak ada pada orang Melayu. Saya bukanlah mencadangkan supaya kamu pergi ke Bangkok Hilton untuk melawat para banduan ini. Dan saya juga tidak mahu mencadangkan supaya kamu ke penjara Kajang. Cuma saya tahu banyak diantara kamu yang rajin menganjurkan bermacam acara. Apa salahnya dalam aturcara tahunan apa juga persatuan yang kamu anggotai, cuba masukkan satu upacara melawat para pesakit di hospital yang berhampiran. Tidak perlu meminta kebenarkan pihak hospital kerana terlalu banyak tape merahnya. Kamu semua tahu waktu melawat di hospital. Tidak akan ada orang yang akan menahan kamu jika datang pada masa yang dibenarkan melawat.

Sampai disana cubalah cari pesakit yang tidak dilawati keluarganya, cuba berbual dengan mereka. Saya percaya ianya akan sedikit sebanyak mengubat apa juga penyakit mereka. Banyak pesakit, terutama yang tua, menjadi bertambah parah adalah kerana tidak adanya semangat untuk terus hidup. Mereka seperti orang putus asa. Kesepian juga adalah racun kepada apa juga penyakit. Mungkin jika ada orang seperti kamu yang rajin melawat dan berbual dengan mereka, penyakit mereka akan berkurangan.

Kamu setiap hari bising mengenai para mubaligh yang mendakyah di merata hospital, sedangkan kamu sendiri tidak pernah menziarah sesiapa pun. Cubalah mulakan sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Melawat hospital, percuma. Percayalah, akan datang satu kepuasan yang melebihi dari kepuasan melihat ramainya orang membaca blog kamu. Saya jamin.

7 comments:

Anonymous said...

Abdullah Jones, di Malaysia tak mungkin pihak penjara di sini buat macam penjara Thailand..apatah nak jadi Kajang Hilton....mustahil..

Saya sangat sokong pasal lawatan di hospital..saya sendiri tak mampu nak buat macam tu....

Anonymous said...

Ada hospital yang pernah aku pergi di sini mempunyai banyak lukisan di sekeliling dindingnya.Lukisan yang pelbagai itu dibekalkan oleh sebuah organisasi 'lukisan di hospital'.

Mungkin AJ terlepas dari cadangan melawat hospital kerana sedikit lagi berkemungkinan jadi taukeh pelbekal lukisan keseluruh hospital tanahair, dan semua pesakit tersenyum lebar dengan pelbagai lakarannya tanpa dia hadir lagi.

mba2u said...

CANTIK benar saranan AJ ni. Lagi cantik (macam uipts tulis)sekiranya AJ buat tawaran, sesiapa yg nak ke hospital, AJ boleh tawarkan lukisan dia dgn harga ISTIMEWA. AJ dapat pahala, persatuan dapat jimat dan hospital dapat lukisan, tentu pesakit dapat perhatian. Pokoknya semua dapat bahagian masing-masing.

Hmmm..... MbA nak gi hospital ni...

abdullahjones said...

lukisan di hospital itu dibekalkan oleh persatuan bekas pesakit mental uipts. err..saya dengan gembiranya bukan ahli persatuan tersebut. membekal lukisan di hospital malaya? angan-angan jangan terlalu tinggi jika tidak menjadi ahli persatuan politik di malaya mba.

mba2u said...

apa yg AJ tuliskan ni memang ada BETULnya, cuma mba nak tambah sedikit saja, bukan sebarangan persatuan politik juga, hanya yang satu itu sahaja.

Anonymous said...

Aku tak salahkan mubaligh kristian yang melawat pesakit-pesakit di hospital untuk memberi semangat utk melawan sakit mereka dan memupuk sifat kesabaran untuk menahan sakit.

Yang aku marahkan, manusia-manusia yang gelarkan diri sebagai USTAZ, ULAMAK,KIYAI, LEBAI, TOK GURU, TOK AYAH yang tak reti reti jenguk muka di hospital untuk buat apa yang telah mubaligh kristian lakukan.

Bila orang melayu malaya yang bodoh, bangang nak tukar dek terpengaruh dengan mubaligh kristian tu, USTAZ, ULAMAK, KIYAI, LEBAI, TOK GURU, TOK AYAH melompat marah marah... kata orang melayu melaya yang bodoh ini kafir...

Unknown said...

teima kasih.1 idea.