Saturday, August 06, 2005

berdiri juga

Heboh benar di Malaya sekarang ini dengan berita ajaran sesat. Dari cerita majis tentang Ayah Pin hinggalah kepada cerita timbul balik ajaran Mirza Gulam Ahmad. Saya sendiri juga ada mengenali beberapa orang kawan yang sejak berzaman mengikut ajaran yang tidak betul ini. Ada yang sembahyang cukup dengan niat dan ada juga yang sedikit pelik dimana jika isteri bersalin di bulan Ramadhan dan tidak boleh berpuasa maka ganti puasanya nanti perlu dikongsi dengan suami. (yang akhir ini berakhir dengan penceraian kerana suami tidak mahu berkongsi membayar puasa. Bukan isterinya yang mengamalkan ajaran pelik tersebut tetapi bapa isterinya yang demikian).

Sebenarnya di Malaya bukan susah sangat jika mahu dikatakan mengikut ajaran sesat. Cuba duduk lama sedikit di masjid dan rajin-rajin sembahyang sunat atau membaca al-Quran, gerenti kamu dituduh sesat.

Atau lebih mudah lagi cuba kamu ikut kawan-kawan yang rajin pergi ziarah dari rumah kerumah selepas asar. Nescaya heboh satu kampung tentang kamu. 'Dah tak betul dah dia tu, pikul periuk kehulu-kehilir', kata mereka kepada kamu.

Kita seolah-olah tidak boleh menerima seseorang jika mereka berubah. Jika tiba-tiba kawan yang selama ini kita kenal yengki mengambil keputusan untuk berserban dan berjubah, dengan serta-merta kita menuduh mereka sesat. Fikiran kita tidak sampai untuk memikirkan yang manusia ini ada masanya dia akan berubah terutama yang Islam dan yang mahu berfikir.

Memang menjadi pelik apabila seseorang yang selama ini tidak mengambil berat tentang agama tiba-tiba menjadi fanatik kepada Tuhannya. Salahkah menjadi fanatik kepada ajaran agama? Tentu sekali tidak kerana fanatik beragama adalah suruhan agama. Jika kamu mengandaikan fanatik seperti mana yang kamu faham dari segala macam media, sudah tentu fanatik beragama adalah salah. Tetapi cuba faham fanatik dari sudut yang disyorkan. Kita disuruh mendahulukan agama dalam segala hal. Jika orang yahudi boleh kenapa tidak kita?

Apabila Mat Yengki kampung kita berubah menjadi Mat Lebai, dengan janggut dan jubah serta serban, biarkan saja dia selagi dia tidak mengamalkan perkara-perkara karut. Dia sebenarnya berada dalam proses pemulihan. Lama kelamaan dia akan meninggalkan (mungkin) jubah dan mula menjaga janggutnya. Dan yang lebih pentingnya, selepas proses pemulihan tersebut dia akan menjadi orang agama. Beri dia sokongan.

Yang tidak sesat di Malaya adalah mereka-mereka yang tidak sembahyang. Walau seluruh kampung tahu kamu orang Islam dan tidak pernah sembahyang seumur hidup, tidak akan ada siapa pun yang mengatakan kamu sesat. Perempuan tidak menutup aurat (bukan bertudung) tidak dikatakan sesat.

Malaya adalah negara keliru. Kerajaan menghabiskan berjuta ringgit untuk kempen anti rokok, malangnya tidak ada apa pun yang dilakukan untuk menghalang zina.

p/s; Penafian tentang rogol disebabkan 'kuasa' bukannya nafsu adalah pandangan ahli psikologi.
Mungkin ada sedikit kebenarannya tetapi kita harus faham mengapa rogol berlaku. Cuba selidik mengenai cara untuk mengelakkan zina dan mungkin kamu akan bertemu sebab mengapa rogol berlaku.

16 comments:

Jannah said...

Cara-cara elakkan zina. Jangan berdua-duaan, bukan muhrim berlainan jantina di tempat yang sunyi, kerna ada pihak ketiga..

I know all that, but sometimes weaklings like me who follows the nafsu rather than the head do stupid things..

Apa sebenarnya yang Dia mahu dari kita?

Jannah said...

p/s Ku updated profile bloggerku untuk sehari sahaja hanya untuk tatapan encik abdullah jones ;p

mba said...

SETUJU 100% dengan apa yg AJ tuliskan.

uipts said...

AJ

Di Malaya semua perkara boleh jadi kalau ia boleh jadi projek dan buat duit.

'Projek Benteras Zina' kamu akan lulus, jika kamu ambil 10% saja dan yang lebihnya kepada sesiapa saja yang luluskan dan jangan lupa untuk tabung pilihanraya.

Aku pasti blog kamu di sambung ke semua sekolah, lukisan kamu akan terpampang di poster2 diseluruh negara dan iklan kaca tv.Puisi kamu di baca disetiap Jumaat sebelum masuk kelas dan pejabat.

'Siti Prodctn' mungkin sedia kongsi projek ini, aku rasa akan ada datuk yang pening kepala dengan kamu.

Jangan engkau jualkan 'ap projek' ini sudahlah.

Kalau engkau tak terbuat semua, sub kan sikit pada aku & MbA, kami pun nak rasa jugak

p/s:(MbA, harap tak marah pada aku untuk dapat sub projek besar AJ)

Jannah, kamu tak nak ikut sekali ker?

Jannah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jannah said...

Okay je..kalau nak written press statement gue boleh aje..Pro bono ke or get paid? Kalau involve a Datuk musti bayaran banyak kan?

Bukunota said...

saya tidak fikir istilah yg harus dipakai ialah fanatik kepada Tuhan atau fanatik agama. krn fanatik itu ialah taasub dalam bahasa arab. berpegang-teguh dengan ajaran agama bukan bermaksud taasub.

Anonymous said...

Aj, entry ini bukan untuk kau tapi sekadar kirim salam pada jannah...nak jeles ke? ;)

loppiess

Jannah said...

Waalaikumusalam.. huhu

abdullahjones said...
This comment has been removed by a blog administrator.
abdullahjones said...

aku lempang budak ni kang, sekejap bertudung, sekejap tidak!

mba said...

UIPTS;

Aku tak marah hang nak jadi sub-kontraktor projek AJ, tapi dah dapat bayaran nanti jgn lupa bayar zakat harta, zakat perniagaan jgn ingat zakat fitrah aje..

teratak tintasukma said...

mmg mana ada projek utk elak zina, projek utk galak zina ada laa ... heii .. pemimpin kita lebih senang tengok generasi diajar bgm untuk melakukan zina dengan selamat .. huwaaaa!!
(boleh jadi kroni? tinta bhg printing saja .. banner and bunting cukuplah. nak lagi outstanding, kita sewa outdoor signage dgn samy vellu, tp parahnya kena jumpak dia di batu cave, tak sanggup ooo, pastu kena prepare another 10% utk belanja kawin dia .. oppss .. anak dia atau belanja ulangtahun .. ulps! stop .. nanti kena tinta, parah.)

:) .. salam lopiess, mba, salam kenal jannah.

fakhrul ali ibnu al-fuadi said...

zina lagi keji dari isap rokok

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it lakeview investments department of oral maxillofacial surgery and hospital Prices liposuction surgeons in macon georgia Ohio soccer chattanooga oral and maxillofacial surgery mcdonald Detector de radar para gps garmin c320

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »