Sunday, July 31, 2005

difikirkan

Kawan saya, abdul Jalil namanya dah berbelas tahun kawin. Dia belum lagi dikurniakan anak. Apabila berbual dengan dia adalah menjadi pantang bertanyakan soalan mengenai anak. Dia seolah-olah tidak sukakan kanak-kanak. Mungkin kerana kecewa atau mungkin kerana merasa rendah diri.

Ini satu lagi masalah orang melayu. Asal menikah saja mesti tak sabar-sabar hendakkan anak. Macamlah anak itu dia yang buat. Saya kadang-kadang mahu bertanyakan orang-orang yang pandai tentang Islam mengenai perkataan 'buat anak'. Tidakkah perkataan ini mendatangkan syirik?

Kepada lelaki, anak adalah lambang kepada suburnya mereka dan pada perempuan ianya konon adalah buah atau hadiah atau lambang cinta mereka kepada suami. Ada juga yang menyatakan anak adalah ikatan kasih sayang suami dan isteri. Atau kata lain, kalau tak ada anak cerahlah masa depan untuk diceraikan atau pun dimadukan. (pantang tok nenek perempuan melayu dimadukan: sila rujuk majalah mingguan tentang wanita yang 130 mukasuratnya adalah iklan dan berwarna merah yang berukuran duabelas inci kali enam inci)

Orang-orang tua pula asal dapat menantu saja terus tanya bila nak beranak. Itulah sebabnya ramai anak muda melayu hamil sebelum nikah. Untuk mengembirakan mak bapak mereka.(tau pula malu bila anak belum nikah hamil. Tak ke pening budak-budak muda melayu sekarang. Sekejap nak cucu, bila dapat cucu malu pula. Kesian remaja melayu)

Betul, anak adalah penyeri rumahtangga. Anak juga kepada sesetengah orang merupakan ubat kepada kepenatan seharian berkerja. Tetapi dalam kehidupan semuaduit sekarang ini berapa jam sangatkah masa yang diberikan kepada mereka. Pagi mereka dihantar kesekolah. Petangnya kekelas agama dan malamnya kekelas tambahan. Semua aktiviti anak itu pula bukan untuk anak-anak tetapi untuk ibubapa. Jika anak-anak cemerlang dalam matapelajaran dan mendapat hadiah dihari sambutan disekolah, maka ibubapa akan berpakaian paling cantik dan duduk dibangku paling depan dalam dewan untuk tujuan mengambil gambar (selain untuk menayang kamera digital terbaru) anak mereka. Gambar itu kemudian dibesarkan dan digantung diruang tamu.

Ibubapa yang mempunyai anak yang kurang cemerlang dalam matapelajaran pula seperti pengidap sakit untut. Kalau boleh anak-anak mereka mahu disorok. Macam orang untut sorok kaki gajah mereka. Ada yang sampai hati mengata anak-anak sendiri. 'entahlah, dia tu bodoh sikit. keturunan sapa tah. ikut ayah dia gamaknya.' Dengan anak dengan laki sekali kena umpat.Dengan laki derhaka dengan anak pun dia derhaka sekali.

Pelajaran sekolah menjadi amat penting sekali. Cuba tengok dekat-dekat periksa, ibubapalah orang paling sibuk. Jika diadakan sembahyang hajat untuk lulus periksa, penuh surau. Hatta untuk periksa Tahun Tiga sekalipun. Untuk pengetahuan ibubapa sekalian, kalau tak lulus periksa Tahun Tiga, anak-anak tuan-puan tidak akan dipenjarakan. Sumpah! Hishamuddin Hussien belum lagi mengezetkan undang-undang sedemikian.

Tidak lama lagi rakyat Malaya akan jadi seperti rakyat Korea, Jepun atau China dimana akan ada ibubapa yang membunuh anak-anak atau membunuh diri sendiri apabila anak-anak gagal didalam persekolahan. Sekarang ini pun telah ada kanak-kanak di Malaya yang membunuh diri kerana gagal dalam peperiksaan. Cuma saya kurang pasti bilangan orang melayu yang berbuat demikian.

Kesian anak-anak. Cuba beri mereka peluang untuk menjadi kanak-kanak. Beri mereka ruang untuk bernafas tanpa perlu menjadi kebanggaan keluarga. Sampai masanya nanti tahulah mereka untuk membina hidup mereka. Mereka bukan anak kera. Mereka ada otak. Macam kamu. Kamu dulu pun bukannya cerdik sangat.

Anak adalah kurniaan Tuhan. Kamu tidak ada campurtangan dalam hal ini. Yang kamu main siang malam itu adalah kerana kamu memang kaki main. Jangan tipu saya dengan mengatakan yang ini adalah usaha.

8 comments:

clockwise said...

I dah kawin almost 5 years ..& belum ada rezeki lagi nak ada baby..
Both of us.. tak riso aper even my immediate family pun no comment about that.
But org2 lain..saudara2 jauh yg bizi sgt..
So kalau diorg tanya.. "Rancang ke".. we all just ckp.. "Aaa..rancang!!!... Rancangan ALLAH"...

ayobkelubi said...

it goes the same with me here.naik tensen dah dok jawab soalan orang2 yang tak paham.

tak abis2 tanya kenapa ko rancang don?.

fucking hell.

apa kejadahnya rancang2.

ingat bini aku nie tanah rancangan ker?.

susah mentaliti mcm nie.

Jannah said...

Saya datang dari keluarga besar, 11 adik beradik, kehidupan penuh dengan bunyi dan warna.

Nak bagi cadangan, apa kata adopt baby je. Ramai lagi kanak-kanak yang tidak ada keluarga yang memerlukan kasih sayang dan tempat berteduh.

abdullahjones said...

terima kasih jannah,yop dan clockwise.

clockwise said...

Susah jugak nak ambik anak angkat..
sbb dia bukan jadi muhrim kita..bila dia baligh nnt..
itu pun problem gak

teratak tintasukma said...

tulisan yg mmg ada benarnya, bikin tinta fikir byk kali. hub anak dan ibubapa, harapan dan sandaran .. perlu didik dan beri mereka peluang utk jadi kanak2, tkasih. :)

Anonymous said...

This is very interesting site... She-male pornstars Retail merchant account retail merchant account small vacuum cleaners security video school shooting parts of eyeglasses Keno play for fun no download no registration Employee benefits 401k Honda and crv and service manual Alan ball by lunch power 20 Little model top 100 Painted bathing suit models mature fuck a mature Huge dicks free porn

Anonymous said...

Hi, Nice stuff. I found a cool news widget for our blogs at www.widgetmate.com. Now I can show the latest news on my blog. Worked like a breeze.