Saturday, July 23, 2005

begini

Ketidakfahaman mengenai Islam biasanya datang dari orang Islam sendiri. Mereka-mereka yang bukan Islam biasanya melihat Islam dari penghayatan umat Islam sendiri. Apabila orang Islam bercerita tentang agungnya Islam, tentang cantiknya Islam sambil bercekak pinggang, maka sudah barang tentu mereka-mereka yang tidak tahu (juga yang tidak mahu tahu) mengenal pasti Islam sebagai agama yang kasar.

Bercerita tentang Islam adalah satu perkara yang amat payah. Saya disini setiap hari perlu menerangkan mengapa saya mesti tunaikan apa yang diperintahkan oleh Tuhan saya kepada kawan-kawan yang tidak Islam. Sembahyang tonggang tongek dilihat sebagai satu bahan jenaka yang perlu dikongsi beramai-ramai. Tidak menerima pelawaan untuk keluar minum arak dilihat sebagai suatu dosa yang tidak dapat dimaafkan.

Walaupun begitu, tidak pernah sekalipun selama saya disini ada yang sampai hati untuk memperkecilkan kepercayaan dan juga Tuhan pilihan saya.Saya juga tidak pernah terlintas untuk memperkecilkan apa juga fahaman mereka. Hal sebegini hanya berlaku kepada rakan senegara saya.

Di Malaya, atau lebih tepat diruang-ruang forum diinternet yang berpusat di Malaya telah menjadi kemestian bagi sesetengah ahli forum untuk mengutuk dan mencabar orang Islam. Ini semua berlaku akibat bodohnya orang Islam diseluruh dunia.

Saya mendoakan apa saja yang diminta oleh mereka-mereka yang mencabar Tuhan saya diperkenankan. Amin.

2 comments:

June said...

ada orang Islam tanya saya kenapa solat perlu pakai telekung cantik2 dan mahal.
saya tanya balik, kenapa pergi jumpa raja/sultan, perlu pakai baju cantik2 dan mahal?

bukankah Allah itu ialah Raja kepada segala raja.

kita semua ialah umat Islam yang cetek ilmu Islam.

Anonymous said...

What a great site tattoo removal long beach Travel agents in mira mesa http://www.zithromax-pfizer.info/common_text_for_wedding_invitations.html national fire alarm code training Lexus rx 330 pictures Hardcore ebony oral sex Virginia cadillac dealer