Sunday, June 26, 2005

begitu

Didalam Islam, pemberi dan penerima rasuah adalah sama. Sama-sama berdosa. Begitu juga dalam undang-undang Tanah Malaya. Sesiapa yang memberi rasuah dan menerima rasuah boleh didakwa dimahkamah. Kecuali jika pemberi rasuah itu dengan sengaja memerangkap penerima rasuah tersebut. Kes dimana pemberi rasuah berkerjasama dengan BPR banyak kita baca diakhbar-akhbar. Tahniah akhbar Malaya. Cuma jika boleh berita Khalid Jefri akan dibicarakan itu dilamputinggikan sedikit. Al-maklum, kami ini rabun, kadang tidak terperasan berita yang kecil-kecil.

Berlainan dengan Partai Pemerintah Malaya. Partai pemerintah Malaya hanya mendakwa pemberi rasuah.

Saya berpendapat ini adalah kerana Partai Pemerintah Malaya mahu menjimatkan perbelanjaan dan masa kerana jika penerima rasuah didakwa sama, Partai Pemerintah Malaya mungkin terpaksa mengadakan satu 'rally' untuk mengrekrut ahli baru.

Kita harus bersyukur dengan kebijaksanaan Partai Pemerintah Malaya dalam hal ini. Wang perbelanjaan yang tidak dibazirkan itu sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk membayar para artis luar negara yang bakal dijemput untuk memeriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan nanti. Kita semua tahu yang Partai Pemerintah Malaya amat peka dengan kehausan rakyat Malaya kepada hiburan. Inul juga tahu dan dia akan kembali lagi ke Malaya selepas kurang tiga bulan mengadakan persembahan di Malaya.

Masa yang dijimatkan pula boleh digunakkan untuk memasak lempeng kelapa terbesar didunia bagi menarik pelancung dari negara-negara Arab yang semakin galak berbelanja di Malaya.Mungkin perempuan-perempuan mereka boleh makan lempeng kelapa yang dicicah dengan kari semalam sambil berenang-renang dikolam-kolam mandi yang ditutup khas untuk mereka. Perempuan-perempuan Islam Malaya tidak dibenarkan kekolam tertutup ini kerana mereka tidak berbelanja sepertimana perempuan-perempuan Arab.

Boleh sungguh Malaya.




p/s: tajuk diatas tidak ada kena mengena dengan tulisan dibawah. Cuma saya teringatkan durian belanda, buah kegemaran saya.

1 comment:

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »