Friday, July 29, 2011

kelab bini-jadi hamba (sek) laki semalaya

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

1." Seorang perempuan yang menyakiti suaminya dengan perkataan akan dikeluarkan lidahnya pada hari kiamat daripada belakangnya. Kemudian digantung lidahnya dan ditambat tangan dan kakinya dengan rantai. Di padang Mahsyar diseru kepada perempuan ini; Inilah balasan bagi orang yang derhakakan suaminya. Kemudian dihumban malaikat Zabaniah ke dalam Neraka sambil berkata lagi; Nah...rasailah olehmu akan seksaan yang amat pedih kerana kau telah menyakiti hati suamimu di dunia dahulu."

2."Setiap isteri yang sabar atas akhlak suaminya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala yang diberikan kepada Asiah, isteri Firaun".


Datin Paduka Marina Mahathir dan saya lebih kurang sama pengetahuan agamanya,agak saya.Beliau tidak kesekolah agama,saya juga. Namun,ada perkara-perkara yang beliau faham berbeza dari apa yang saya faham.

Bila kamu terima Islam,selain dari taat kepada suruhan fizikal,kamu juga wajip patuh kepada apa sahaja yang ghaib (mengikut kamu) dan ya, banyak perkara yang kamu perlu buat hanya kerana tuhan perintahkan begitu. Ini dinamakan taat. Sama seperti bila pekerja Datin Paduka Marina mahathir perlu buat bila mana menerima arahan dari beliau.

Mengapa pekerja beliau setuju berbuat apa sahaja arahan beliau? Kerana pekerja adalah hamba dan Datin Paduka Marina Mahathir adalah 'tuhan' mereka. Lalu dalam perjanjian antara pekerja dan majikan,ada dijanjikan habuan disetiap akhir bulan atau paling akhir 7haribulan jika mengikut undang-undang gaji.

Tetapi,tidak ada apa yang menghalang majikan untuk menipu pekerja dan bukan sedikit majikan yang tidak membayar gaji pekerja. Undang-undang yang ada hari ini juga tidak mampu menahan ini dari berlaku.

Berbeza dengan janji Tuhan,apa sahaja yang dijanjikan,maka pasti akan ditunaikan.Maka disini timbul masalah bilamana kita tidak mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk menerima bulat-bulat janji ini kerana selain dari ayatayat Al Quran serta sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam,kamu tidak akan dapat bukti jelas apakah janji-janji ini akan ditepati. Maka disini,iman diperlukan. Menjadi masalah pula bila kamu bertanyakan tentang iman kerana ianya perlukan ketaatan yang buta. Percaya dan percaya.

Tentu sahaja menjadi satu kemusykilan bilamana seorang isteri perlu melayan kehendak sek suaminya walaupun dalam keadaan tidak sihat dan jika kamu ini seorang yang berpegang teguh kepada kepercayaan yang semua manusia,lelaki dan perempuan mempunyai hak yang sama,kamu akan memandang ini sebagai satu penindasan.

Pertama, apabila kamu memilih untuk taat kepada tuhan dan kamu lakukan apa sahaja demi tuhan,hatta bersenggama dalam keadaan sakit (dalam temubual diatas Datin Paduka marina Mahathir menekankan kepada pening kepala sebagai alasan menolak),dan kamu yakin tuhan akan suka kerana seluruh hidup kamuadalah bertujuan untuk mengembirakan tuhan,maka tentu sahaja tidak timbul sebarang masalah disini.

Ini apa yang saya katakan awal tadi, bila kamu memilih islam sebagai agama,maka kamu tertakluk kepada undang-undang hidup sebagai seorang muslim.

Kedua, lelaki islam bukan semuanya gila sek seperti yang sering digambarkan oleh Harian Metro dan juga Mingguan Wanita. keinginan sek mereka tidak lebih juga tidak kurang dari apa yang dialami oleh kebanyakan manusia lelaki dari apa agama sekalipun.

Mereka juga ada pertimbangan rasional. Tidak ada lelaki yang siuman yang akan bertegas mahukan sek bilamana melihat ibu kepada anak-anaknya sedang sakit. Percaya-lah,lelaki islam juga begitu.

Lagipun,cuba fikirkan mengapa ramai lelaki menghabiskan masa hingga awal pagi dikedai kopi. berbual sama sendiri. Bini pening kepala-lah tu.

Islam bukan zalim seperti yang disangka-kan. Belum pernah didengar dari mana-mana alim pun yang mengatakan yang isteri wajip bersama suami dalam apa keadaan sekalipun.Betul,ada hadith mengenai bagaimana isteri perlu taat suami hatta dibelakang unta,namun hanya lelaki yang benar-benar gila sahaja yang mahukan sek diatas belakang unta. Bayangkan betapa tidak selesanya. Seementara itu,cuba cari pula hadith mengenai betapa perlunya suami menghargai isteri.Jika suami itu pengidap sakit kelamin misalnya,maka adalah menjadi hak isteri untuk keluar dari hubungan tersebut.

Melihat video diatas,saya ingin mensyorkan kepada Datin Paduka Marina Mahathir supaya belajar ilmu berbincang. Undang-undang bincang paling mudah ialah membiarkan satu pihak menghabiskan perbahasan-nya sebelum menjawab. Bukan datang dengan fikiran sehala dan menyerang atau meyampuk.
Datang-lah dengan keinginan mahu belajar,bukan mahu menang.

Saya mungkin tidak setuju dengan pegangan Dr.Azlina Dato Jamaludin dalam beberapa perkara,satunya ialah bila beliau mengatakan (dalam satu temuramah lain diradio yang sama) yang beliau menemui apa yang dicarinya setelah bertemu Abuya,sepatutnya,beliau terus mencari jika kamu tanya saya,namun kerana pertahanan beliau mengenai apa yang beliau lakukan-bersama suami walaupun sedang sakit kepala- adalah kerana kasih beliau kepada tuhan maka saya disebelah beliau.

Tetapi menyamakan isteri dengan pelacur,secara methapor atau tidak adalah kata paling bodoh. Jika benar mahu berbuat demikian,ajarkan dengan pintu tertutup,bukan hebahkan kepada dunia fetish kamu itu. Aurat bukan sekadar tutup rambut dan berjubah. Malu juga iman.

Hadith diawal tulisan ini adalah pemberitahuan yang kita semua,lelaki dan perempuan yang mahu beriman perlu patuh bila kita mahu hidup bertuhan. Seperti yang dikatakan tadi,terlalu banyak perkara yang kita lakukan belum dapat kita fahami mengapa tetapi kita lakukan juga kerana kita ini jenis mahu beriman dan menjadi bodoh adalah kecemerlangan dari merasa pandai tidak tidak lagi mahu belajar.

Hadith diatas menjadi masalah bila apa yang ada dalam kepala kamu ada-lah memperjuangkan hak wanita tanpa ada rasa mahu faham apa yang dikatakan hak (kepada seorang wanita) pada pandangan tuhan.

Sekian gema jumaat untuk kali ini.Selamat berpuasa dan melakukan ibadat dengan lebih galak. Akhirkata,moga ramadhan kali ini adalah lebih baik dari ramadhan kita yang telah lepas. cewaaahhhhhhhh...




9 comments:

Anonymous said...

mantap

Gula "gulaley" Kapas said...

Bukan ke isteri Firaun Asiah?
Aishah isteri Nabi Muhammad s.a.w.

abdullahjones said...

terima kasih gula "gulaley" kapas. sudah dibetulkan.

Asan said...

nilai agama adalah yang utama.
nilai adat/budaya yg baik terkemudian.

ber - sederhana . . . teguran berlapik. lain lah kalau one on one discussion siap ada client confidentiality.

lastly, fitnah perlu dihindari...

ps - komen dulu, vid tu x tgk lg.

Bunga Rampai said...

Manusia sebenarnya tidak berilmu. Sedikit ilmu yang ada pun atas izinNya jua. Setakat tahu tetapi tidak faham - itu belum lagi benar ilmu yang dimiliki.

Semoga Ramadhan memberi ilmu kepada jiwa sekalian umat Islam.

Selamat berpuasa Pak AJ. Moga amal ibadah dan amal kebajikan diterimaNya tanpa cacat cela. Salam :)

Anonymous said...

selective listener.... eagle type.... payah nak terima hakikat sebenar punca masalah tak selesai... bak kata cikgu aku dulu... kalau dah bodo sombong elok campak masuk lombong. sekian wassalam

web op said...

Good for me as an active listener, i got it immediately.

Siti Mardhiah said...

Aku fikir aku lebih prefer dengar dia bercakap pasal duality dari aku baca dia. Tapi memandangkan aku tak akan masuk dengar lecture fine art, aku akan print dan baca gak waktu rehat nanti.


Tq AJ for sharing the link.

Jijah Bandung said...

tapi, Datin Marina tidak bertudung sama macam isteri Prime Minister juga..hmm...bukankah bertudung itu arahan Allah..

...............
OH! AURAT WANITA
BEBELAN 1/BEBELAN 2