Wednesday, March 24, 2010

membiak ignoran


Gagal atau/dan tidak mahu memahami budaya sesuatu kaum atau bangsa tidak wajip menjadi alasan kepada sesiapapun untuk menunding jari mengatakan amalan sesuatu kaum atau bangsa itu adalah salah. Keterbukaan dan sifat mahu belajar sambil menghormati sesama manusia biasanya akan membuahkan keterangan.

Heboh satu Malaya bagaimana anak gadis mereka dibawa lari. Kita gagal atau tidak mahu memahami budaya yang pada kita adalah satu amalan asing.

Di Lombok,itu adalah kehidupan mereka. Bilamana kamu dengan sengaja tanpa melarikan anak gadis yang mahu kamu isterikan,maka kamu telah membawa malu kepada seluruh keturunan kamu. Sama seperti di Malaya ini bilamana kamu tidak membenarkan anak gadis kamu keluar malam sesuka-hati dan kamu dicop sebagai terkebelakang dalam arus.

Bayangkan tekanan yang kamu hadapi bilamana anak gadis kamu masih gagal membonceng motosikal siapa sahaja sedangkan anak jiran-jiran kamu siang malam berpeluk pinggang didepan khalayak. Malu ini bukan sahaja ditanggung kamu,bahkan semua anggota kampung ditimpa satu keaiban yang tidak terperi. Walau belum pernah dimasukkan dalam agenda mesyuarat JK Surau,tetapi ianya pasti telah menjadi bualan ahli jemaah masjid kamu.

Malu yang kamu hadapi ini adalah sama dengan apa yang ditanggung oleh ahli keluarga lelaki Lombok yang datang meminang tanpa melarikan. Ini adat mereka.

Setelah dibawa lari,keluarga perempuan akan mengadu hal ini kepada kepala desa. Kepala desa akan memutuskan yang keluarga lelaki wajip membawa denda kerana perbuatan itu. Ini hanya lakonan rentetan kepada sesuatu majlis perkahwinan. DiMalaya,ini mungkin dipanggil majlis pertunangan.

Setelah denda ituini,kedua pasangan itu pun dinikahkan, Selesai.

Untuk menyedapkan hati kamu, cuba periksa,dari ramai gadis yang dilarikkan itu, berapa ramai dari mereka yang dicabul,diperkosa tanpa kerelaan. Saya pasti tidak ada kerana apa yang mereka lakukan adalah kerana suka. Rela dan sebagainya tidak menjadi kesalahan dalam undang-undang sivil.

Jangan butakan mata kamu dengan mengatakan yang anak gadis kamu dibomohkan. Ramai anak gadis kamu yang masih belum dilarikan asyik melahirkan anak haram di negara ini.

Kemudian dari itu, adalah bodoh apabila kita menghina kehidupan sesuatu bangsa atau kaum tanpa ilmu yang cukup."sejengkal kebun sayur,sekangkang sawah padi" adalah perbuatan yang paling tidak adil. Ini adalah kehidupan mereka. Dengan juta-juta manusia di Indonesia sana, , belum pernah didengar ada rakyatnya yang mati kebulur. Mereka yang kemari datang kerana mahu lebih. Bukan kerana papa-kedana.

Kamu juga tidak lebih kaya dari mereka.

Kamu yang lebih senang duduk dicelak ketiak bonda, yang jika lapar dan kekurangan wang, segera meminta-minta wajip hormat kepada siapa sahaja yang mahu berusaha.

Seniman wajip menjadi pengantara damai. Bukan menjadi kuli yang dibayar. Berkarya mengikut perut.Menjadi talibarut.

Tuesday, March 16, 2010

minda foto

Oleh kerana saya ini sangat handal menfoto,maka selayaknya-lah saya mengandaikan yang diri saya ini mempunyai autoriti untuk bercakap mengenai foto. Lalu hari ini saya memilih foto-foto yang diambil oleh dr.ali sebagai subjek belasahan.



Untuk menjadi seorang jurufoto yang bagus,setiap foto yang diambil wajip bercerita. Tidak hairan-lah apabila perpatah cina mengatakan "sekeping gambar merakam seribu makna" ,malangnya,ini tidak berlaku dalam semua foto yang diambil oleh dr.ali.

Didalam dunia pengfoto,gambar-gambar yang diambil oleh dr.ali dikenali sebagai fotoamnu. Sesuatu foto yang tidak cantik,lalu ditopengkan,yakni ditutupnya semua kesalahan dengan warna-warna yang ditampal kemudian. Yang dilekap bagi menutup segala macam keburukkan yang ada. Contohnya gambar pertama, foto bandar Kuantan yang diambil dari menara Masjid Besar Kuantan.

Semua orang tahu yang Kuantan adalah sebuah bandar yang tersangat hodoh pembuatannya,saya kata pembuatan kerana jika bandar Kuantan yang dahulu dikekalkan,maka ianya adalah sebuah bandar yang amat cantik. Kebodohan yang bersahabat rapat dengan ketamakkan disamping mahu mengumpul kayubakardiri dineraka nanti membuatkan mereka-mereka yang bertanggungjawab memilih untuk memusnahkan.



Maka,itulah yang dilakukan oleh dr.ali dalam mengfoto. Beliau meng-amnu-kan segala fotonya dengan warna yang kepada beliau yakin akan 'dibeli' oleh rakyat banyak.Orang Felda dan orang Kuala Lipis mungkin tertipu, yang lain mungkin tidak.

Kita cuba mencari dimana baiknya fotoamnu dr.ali dan kita lalu bersetuju yang jika kita ini jenis yang gemar dengan pesta-pesta,maka gambar-gambar yang penuh warna-warni,penuh tipudaya ini adalah sesuatu yang terlalu ajaib dan kita dengan segera menyukainya.

Gambar kedua adalah bukti kukuh dimana suatu pemandangan yang teramat biasa dibius dan pengsan lalu diwarnakan mengikut sesukahati. Ini adalah kedurjanaan dalam kehidupan.Ini kejahatan peringkat atasan. Ini juga adalah gambaran sebenar pemikiran rakyat malaya.

Malangnya terlalu ramai jurugambar yang ada hari ini tergolong didalam katagori pengfoto-pengfoto fotoamnu.Mereka yang tahu menfoto tanpa mahu memberikan lebih. Mereka tidak menyumbangkan apa-apa kerhadap pembangunan insan.




Apabila kamu atau anak-anak kamu berusia 12tahun,maka kamu atau anak-anak kamu diwajipkan oleh pemerintah untuk memohon kad pengenalan diri sebagai bukti yang kamu adalah warganegara. Untuk itu,kamu akan difoto dan foto itu akan dilekapkan dikad pengenalan diri itu.

Hal ini tidak berlaku kepada siput babi atau apajua serangga yang difotomakro. Gambar diatas adalah "gambar pasport" untuk siput babi berkenaan. Gambar ini adalah satu gambar yang langsung tidak mempunyai apa-apa cerita. Hanya satu gambar pengenalan. Lalu untuk apa gambar ini? Bagi saya,ini adalah sebuah foto yang gagal.

Kebanyakkan fotomakro yang diambil oleh banyak jurufoto adalah "gambar pasport" dan sempena foto diatas,saya menamakan sebarang fotomakro tanpa sebarang cerita sebagai "fotosbabi"



Sebagai perbandingan,cuba lihat gambar yang diambil oleh saya diatas ini. Saya mencabar kamu supaya mengatakan yang sambil melihat gambar ini,airmata kamu tidak mengalir lesu. Dari kelopak turun kepipi dan akhirnya melekat didagu sekiranya kamu tidak berjenggut

Foto diatas mempunyai seribu macam cerita. Didalamnya tergambar kerosakkan akhlak remaja masakini. Dipandang dari segi lain,ianya adalah satu keindahan yang tidak tertulis. Jika kamu gemar menikah dengan kanak-kanak,gambar ini semestinya menaikkan ghairah kamu samaada kamu tabligh atau tidak.Dan jika kamu rajin mencari lebih jauh,kamu akan terpaku dan hampir pengsan apabila melihat,mendengar dan merasai apa yang ada didalam sekeping foto ini.

Konklusinya,dr.ali adalah sama seperti pengfoto majlis pernikahan,mereka adalah pariah dalam dunia foto-mengfoto.

Luarbiasa? Saya rasa tidak.

ps:seperti ahli-ahli neraka yang lain,dr.ali adalah seorang pemain futsal tegar,penyokong pasukan Manchester United dan ketua penyokong pasukan bolasepak Pahang.kesini untuk tutorial foto dari beliau.

Friday, March 12, 2010

pengalaman saya ditahan polis kerana menfoto

Lori itu hanya ada cermin dan bingkai yang melekap kebadannya. Ekzosnya berdiri megah atau mungkin juga kesepian. Sendirian jauh dari kepala lori itu. Ini bukan lori hantu atau juga lori separuh siap yang sering kamu lihat dan ketawa apabila ia melintas.

Lori itu pernah siap dan telah lama berkhidmat. Mengangkut balak saya rasa jika mengikut bentuk asalnya.Kini ia cuma rangka yang mungkin dalam perjalanan ke bengkel baiki atau juga mungkin juga dalam perjalanan akhirnya. Apapun,lori ini tidak sepatutnya berada diatas jalanraya.

Saya percaya jika saya letakkan gambar lori itu disini,kamu akan ketawa. Alas, ianya tidak diharuskan terjadi.

Kerana apa? tanya kamu. Ianya dipadamkan oleh pak polisi yang ternampak saya mengambil gambar lori tersebut. Ketika itu,mereka sedang menahan lori tersebut. Dalam tiga keping gambar lori itu yang saya ambil, ada satu keping yang merakamkan pak polisi kita.

Ketika mengambil gambar, saya berdiri diseberang longkang yang memisahkan jalanraya dan saya. Dari jauh pak polisi bertanya mengapa saya mengambil gambar. Saya menjawab kerana lori itu terlalu kelakar. Dan saya pun berlalu dengan senyuman kerana percaya gambar lori itu nanti akan membawa senyuman kepada banyak orang. Yang melihat akan lupa sebentar apa jua masalah. Walau hanya untuk 2 saat, saya gembira mengembirakan.

Dari ekor mata saya melihat pak polisi kita kelam kabut masuk kedalam keretanya dan mengundur dengan laju. Lagaknya seperti ternampak pembunuh Shalini atau mungkin terlihat kelibat pe-nukul yang menghentak kanak-kanak tadika tempohari.

Meleset, kerana yang dikejarnya adalah saya. Tidak mengejar sebenarnya kerana saya masih belum mengerakkan motokar. Mereka berhenti disebelah dan meminta lesen memandu saya. Ini saya kurang suka kerana lesen telah lebih enam bulan meninggal dunia. Terasa seperti ketua kumpulan kongsi gelap apabila diperlakukan begitu. Saya suka perasaan itu dan berikrar untuk segera menubuhkan kumpulan samseng secepat mungkin.


Pak polisi bertanya sekali lagi mengapa saya menfoto. Saya jawab seperti tadi dan mereka tidak puas hati.Mereka meminta kamera saya dan saya berikan. Rakannya yang memeriksa lesen saya leka menulis entah apa.

Mereka bertanyaa kerja dan saya katakan yang ini melukis. Dia memandang saya dan memandang motokar saya. Dia bertanya melukis dimana dan saya bertanya apa salah saya sambil berdoa yang rakannya dikelabukan matanya dari melihat tarikh maut lesen memandu saya.

Kata dia yang saya mengfoto mereka sewaktu mereka bertugas. Saya katakan yang saya menfoto lori itu. Lalu saya tunjukkan gambar yang diambil. Seperti saya katakan tadi,ada tiga keping gambar dengan satu foto mereka. Saya mensyorkan dia memadam gambar mereka dan dia setuju. Dan meminta saya memadamkan dua lagi foto berkenaan.

Saya memprotes tetapi dia tetap pendirian.Mengenangkan lesen ditangan mereka, saya mengalah.

Nah,doa agar mata mereka dikelabukan dari melihat tarikh tamat tempoh lesen memandu saya dimakbulkan namun impian saya untuk mengembirakan kamu pula tidak.

ps: sila gabung dengan fesbuk ini dan tuliskan doa kamu. katanya ianya adalah satu jalan untuk pelukis amir zainorin menuju pameran solonya di Galeri Seni RA hujung tahun ini.oh! cuba juga jangan terlalu serius.

Wednesday, March 10, 2010

suara alam

Dan alam dengarnya memaafkan perbuatan menebang banyak pokok-pokok demi untuk menampung permintaan terhadap buku-buku dibawah ini. Hanim dan ISE sedang bertelagah cara bagaimana untuk membahagi-bahagikan keuntungan. Basri pula berkira-kira untuk kawin lagi dua sekaligus dan pekerja-pekerja DBP tidak sabar untuk mendapat bonus khas.Editor Dewan Masyarakat dengarnya akan beroleh pingat.

Mengapa agaknya?







Jika kamu belum beli semua atau salah satu dari buku-buku diatas,kamu memang pundek.

Wednesday, March 03, 2010

apa itu saham amanah islam

Melabur dalam Saham Amanah Islam adalah terbuka untuk semua,samaada yang beragama Islam atau tidak. Walau bagaimanapun, Tujuan melabur untuk dua golongan ini mempunyai niat yang berbeza.

Kepada yang beragama Islam ianya adalah satu alat untuk mentaati perintah agama disamping pelaburan yang sedikit dengan risiko yang rendah.

Manakala kepada yang bukan Islam, Saham Amanah Islam boleh mejadi suatu jenis pelaburan yang khas untuk mengecapi keuntungan yang tinggi dari biasa dengan melabur di dalam tabung dana yang etikal.

Pelaburan dalam Saham Amanah Islam berpaksi keseluruhannya pada nilai-nilai agama manakala pelaburan konvensinol pula adalah berdasarkan kesan social dan nilai kemanusiaan.

Saham Amanah Islam adalah dibenarkan untuk melabur didalam bursa yang berdaftar, dalam dan luar negara, dagangan hadapan selama mana ianya diluluskan oleh Komiti syariah atau SC’s SAC.

Pelaburan dalam Saham Amanah amat sesuai bagi mereka yang mencari satu alat pelaburan jangka panjang dengan pulangan yang stabil. Oleh yang demikian,pelabur harus faham yang terdapat risiko-risiko didalam pelaburan sedemikian.Tambahan pula harta yang dicagar seumpama saham,bon,tunai,hartanah dan alat deratif,maka leuntungan mutlak adalah tidak dijamin.

Terdapat kekangan dalam pemilihan tapak pelaburan dimana hanya syarikat yang dipilih wajip menepati semua kehendak Islam. Sebagai bandingan, tidak terdapat sebarang halangan pelaburan dalam memilih tapak pelaburan dalam skim konvensional. Pengurusan bagi kedua-dua tabung adalah sama.

Metod pengkelasan: kuantitatif dan kualitatif

Pengkelasan tapak pelaburan dalam Saham Amanah Islam dibahagi dua,kualitatif dan kuantitatif. Pusingan pertama pengkelasan melibatkan aspek kualitatif. Jika syarikat-syarikat yang aktiviti utamanya seperti yang dibawah,maka ianya disifatkan sebagai TIDAK SYARII.

a. Syarikat kewangan yang berpaksikan riba.
b. Pertaruhan dan perjudian.
c. Pembuat atau penjual bahan tidak halal.
d. Insuran konvensional.
e. Altiviti hiburan yang diharamkan oleh syarii.
f. Pembuat atau penjual bahan berasaskan tembakau.
g. Bursa saham yang tidak mengikut kehendak syarii.
h. Apa juga aktiviti yang tidak menepati syarii.

Katasas bagi pusingan pertama pengkelasan ini adalah AKTIVITI UTAMA.Syarikat dengan aktiviti utama melibatkan aspek kualitatif seperti diatas adalah dilarang samasekali dari terlibat dalam Saham Amanah Islam.

Ianya tidak berakhir disitu. Pengkelasan kualitatif sebenarnya adalah telus dimana syarikat yang dibenarkan dan tidak. Dalam kehidupan seharian,kebanyakkan aktiviti utamanya adalah dibenarkan seperti sector pembuatan dan penjualan alatan eletrik dan makanan sebagai contoh. Walaubagaimanapun, ketidaksucian mungkin akan meresap ketika dalam perjalanan syarikat.

Dengan itu syarii menetapkan peratusan kesucian yang dibenarkan dalam perjalanan syarikat bagi memudahkan masyarakat untuk melabur.

Sebarang syarikat-syarikat yang mencampuradukkan aktiviti (dibenar dan tidak dibenarkan oleh syarii),dua perkara yang wajip diambilkira. Pertama, pandangan masyarakat kepada syarikat berkenaan wajip mulia. Keduanya, aktiviti utama syarikat berkenaan adalah pentin dan dikira sebagai maslahah (‘memberi untung’ ) kepada umat Islam dan juga negara. Peratusan aktivi tidak suci wajip kecil dan melibatkan perkara seperti umum balwa (tidak dapat dielak),uruf (budaya) dan juga hak bukan islam yang diterima oleh Islam.

Had yang dibenarkan adalah seperti berikut

a. Had lima-peratus

Had ini digunakan untuk menilai aktiviti yang sememangnya dilarang seperti riba,perjudian,arak dan daging babi. Islam melarang keras riba dalam semua bentuk. Oleh kerana dunia pasaran moden sekarang adalah kompleks dan mengelak sepenuhnya riba hampir mustahil, maka elemen riba yang teramat kecil adalah dibenarkan.

b. Had sepuluh-persen

Had ini diguna pakai bagi aktivi perniagaan yang disifatkan sebagai umum balwa. Contoh perniagaan sedekian adalah riba dari simpanan tetap dan juga perniagaan yang berkait dengan tembakau.

Diharapkan encik Ahmad terhibur.

*tulisan diatas adalah sebahagian terjemahan kepada satu artikel yang akan diterbitkan dalam majalah kewangan personel keluaran hadapan.mahu tahu lebih,sila beli.