Monday, January 11, 2010

raja wali merendah diri

*jika kamu menulis tentang majlis dibawah,sila letakkan link di ruang komen. terima kasih.

"joan, dalah idop keh ni, ada dua mende je keh nok. dapat mana-mana satu keh pueh ati. mati pon takpe. nombor satu keh nok gi aji. nombor dua keh nok nyanyi kat studio aok. ni keh doh dapat nyanyi kat galeri aok,balik ni keh eksiden pon takpe" kata Nik Binjidan penuh emosi. Matanya berair. Ada peluh-peluh kecil didahinya,tanda beriman kata orang.

Meor Yusof Aziddin mengalih muka. Mengelak dari diketahui yang dia juga sebak.Pyanhabib entah kemana. Meratah kerdas agaknya.Abid kamal buat-buat sibuk memukul gambar.

Saya tidak hiraukan lontaran perasaan Nik Binjidan dan kesyahduan perasaan kutu-kutu tua ini.lagi pun, gila apa cakap loghat negeri depan khalayak!

Sepatutnya saya tidak perlu terharu jika dilihat status saya yang sangat hebat ini,namun sebagai manusia,ada kalanya kita (walaupun berat dan menjatuhkan maruah) perlu melakukan maksiat-maksiat kecil seperti mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.Terima kasih semua. Terima beribu-ribu kasih.

Terlalu ramai yang hadir dan walaupun saya ingat hampir semua nama-nama mereka, bimbang ada yang ketinggalan dan merasa kecil hati nama tidak disebut oleh abdullahjones membuatkan saya tidak meletakkan nama-nama mereka disini. Sebilangan dari mereka ada gambarnya disini. Sebahagian lain tidak. "kodok bbolot dalam kamere keh,cuci toknye jadi". Maaf, saja belajar-belajar loghat daerah. Bekalan untuk menjadi wakil rakyat suatu masa nanti.

Dan terima kasih juga kepada kumpulan yang menjemput kami kerumah agam mereka selepas selesai upacara. Mee hon goreng dan kek pisang yang paling lazat pernah kami rasa. Nanti jika berkesempatan, kami akan "merisik khabar" lagi. *wink*

Permohonan maaf juga jika terdapat kekurangan terutama kepada pemberita yang mahu mengambil gambar semua ahli gerup Rajawali. Maaf kerana sebahagian ahli gerup kami tidak dapat hadir kerana sibuk menyiapkan tempahan yang melimpah-ruah.*uhuk!*

Oh! paling enak sekali, saya dapat berkenalan dengan Pak Man Kadir 'gagak dirimba'shamsi,pelakon pujaan saya. Salut!












lapuran GAPs disini
lapuran talking pictures disini

15 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

akum
mintak sikit

reverie said...

tahniah rajawali. terus maju. amin.

gerai.com said...

adusss..soriii bos(tuanpunya blog) ambo dok dpt hadir....tiada alasan yg hendak disampaikan hanya kemaafan yg dipinta..eheh

Umar Abdul Aziz Bin Hj Mohd Affandi Bin Abdul Rahman said...

blog yang bagus, ape kate try pegi visit blog saye ni plak kalau nak tahu info yang unik dan elegan di http://tolongsenyap.blogspot.com ,try visit erk

2121studio said...

Luarbiasa...
Sajak Kerbau tu memang beh..

kulupSakah said...

aku faham mengapa aku tak dipelawa kerana pacal2 ini enggan membenarkan aku mencemar duli ke gobok hina mereka

Kemilau Gemilang said...

aiseymennn camna leh lupa lak niii...
adeh... mau kena kutuk ngan bini gua ni... ishh payoh payoh

R@duan said...

...balik awal, nak basuh kasut sekolah anak..!! ha ha ha

binjidan said...

opssss

zizie ali said...

kepala ikan patin tu kalau kat hentian temerloh rm9 seketul. itu kalau patin buah. patin biasa cuma rm4.

benludin said...

aik...masa bila plak pekena patin nih?? tak ajak keh pun...haha

kelompen said...

salam bro..
ralit ngat weh dapat berjumpa rodong rodong lama masa tengah ngelupo dulu tak sangka dime dah jadi orang beso..ok la gitu.
rajawali terbang tinggi..terus.dengan hormat belake seme..

Kemilau Gemilang said...

assalamualaikum... ni nak tanya sket... rajawali kat temerloh tu takde buat kelas seni untuk orang awam ke? mana la tau kan kot ada yg berminat nak belajar melukis... mana la tau kan... errr buat la buat la... kalau nak buat nanti jangan lupa bagitau kat den....

vovin said...

http://www.dunia-vovin.com/2010/mengembara-ke-temerloh.htm

dugongsenyum said...

perghhh patin perghhhh...