Saturday, June 27, 2009

taman rajawali

"abdullahjones! abdullahjones! abdullahjones! encore! encore!" jerit penduduk Kampung Sungai Sumun,Bagan Datoh,Perak. Mereka seperti lupa akan hebatnya persembahan nik,meor,meor yang satu lagi,airmas,kulupsakah,anak lapan,kumpulan gendang remaja yang tidak jumpa nada berhenti,hariry,mat saman kati dan penyair tidak kacak,pyanhabib setelah melihat susuk tubuh sasa dan mendengar suara saya.

Saya sudah malas menulis blog sebenarnya. Namun acara malam itu amat men-teruja-kan untuk tidak dihiraukan.

Saya tidak pernah naik kepentas dan tidak pernah mahu. Malam itu mereka meng-bidan-terjun-kan saya dan tanpa mahu menghampakan penduduk kampung yang amat baik itu,saya naik juga setelah nama diumum secara tiba-tiba.Dan jika kamu memang dilahirkan hebat,maka hebatlah kamu dimana jua. Kamu disini harus dibaca sebagai abdullahjones jika kamu masih tidak tahu.Pembesar suara dipentas juga mengigil melihat kelibat hebat saya. Pembesar suara jatuh sejurus saya naik kepentas.

Acara 'pentas kita karya kita' malam itu amat berjaya jika kamu bertanya saya. 'Merakyatkan seni' dalam ertikata yang sebenar. Kumpulan Perak Bloggers Network berjaya memberi tanpa meminta apa-apa. Syabas dan salut!

Terima kasih kepada semua penduduk Kampun Sungai Sumun,bagan datoh,Perak. Terima kasih kepada Pak karamu,ummu hani,sya-reformis dan juga penglipurlara yang baik hati itu. Dan juga Rhoma Irama yang terjumpa rokok meor yang satu lagi.Nyaris mati tidak berasap si meor yang satu lagi.

Maaf jika terlupa menyebut nama siapa-siapa kerana saya masih sedang menikmati kehangatan realiti menjadi bintang yang selama ini saya nafikan. Saya kini tahu perasaan tomok.Saya dan dia kini serupa.

Jangan menangis dunia kerana raja pop yang baru sudah ditemui.

ps: menurut meor yang satu lagi, yang berlagak sebagai penganjur,mereka sudi menerima jemputan untuk mengadakan persembahan dimana juga dan jika kamu terfikir untuk mengadakan konsert ditempat yang tidak terfikir manusia,hubungi meor yang satu lagi.

15 comments:

benludin said...

brp byk meor daaa...

pyanhabib ensem apa.....buktinya:dia suka amik gambor sendiri dengan menggunakan h/fonnya...

jawa peranakan said...

TOMOK?

HAHAHAHAHA!!!!

Pyanhabib said...

ceh, gua tidak percaya sepatah haram pun apa yang digembar-gemburkan abdollahjones selepas dua hari kembalinya ke rahmatullah michael jackson @ mikhail abdullah.

lanterajiwa said...

naik pentas sampai terjatuh microfon... =)

binjidan said...

ye aku stuju dgn abg pyan...
haha

rahmat haron said...

bagus dia menjadi bintang dan ucap selama atas kebintangan itu.

bagus, kurang satu sampah.ha.ha.ha

tuan tanah said...

:)

Anonymous said...

Sudah jd bintang?

Water Lily said...

Saya mau jadi bintang
mkrofon pun boleh jatuh,pentas pun boleh runtuh

(dibaca: saya pitam)

Selamat menjalani hidup ala bintang-bntang encik Jones!

ubi said...

Woiiitttt...dah bekerlipan ni nama rahmat pun aok cicir nyebutnya pepalih aok weh...4hb ni keh nak amik gambor aok mencairkan mikropon di kajang pulok..ha..ha..ha.

Sayuti said...

sungai sumun? dekat sangat dengan kampung saya tu...

hanimomo said...

ecececece!

wann said...

raja pop: >>>> 1958

so, bila boleh tengok wak jones nyanyi?

Airmas sz said...

Jones nyanyi?

baru naik pentas microphone roboh... kalau dia nyanyi habis stadiu pun roboh ... Jones, bulan lepas ada nyanyi kat stadium trengganu tak? huahahahahha

Mohd Jayzuan said...
This post has been removed by a blog administrator.