Saturday, November 26, 2005

di negeri

hari raya yang lalu:

' nampak dak kereta kancil warna kuning yang ada kepak kat belakang yang datang rumah saya semalam? itu la kereta kawan lelaki kak cik.' kata kak Jah sambil tersenyum-senyum kepada jiran sebelah rumah. Bangga sungguh dia kerana teman lelaki anak bungsunya datang kerumah pada hari raya. Gembira dia melebihi anak bungsunya.

Jiran sebelah rumahnya hanya diam. Dia terkilan kerana anak perempuannya masih bersekolah rendah. Namun dia berjanji pada diri sendiri apabila anaknya itu memasuki sekolah menengah dia akan memastikan anaknya mempunyai teman lelaki.

Demikian sahaja gema (ma ma ma ma ) Jumaat (at at at at at) untuk kali ini. Majlis menjemput Kumpulan Berzanji Parit Baru untuk menghiburkan para hadirin.

9 comments:

June said...

oooo: aku pastinya kembali leka dengan dunia materialistik selepas membaca gema jumaat ini.

sinaganaga said...

Berapa ramai anak perempuan yang Kak Jah ada? Aku nak beli kereta kancil juga. Warna kuning. Dan ada kepak kat belakang. Juga.

Unknown said...

Kak Jah happy pasal anak dara dia bakal kawin tak lama lagi! Kak Jah takut ramai anak dara sekarang tak kawin-kawin!!

Anonymous said...

saya pun ada kereta kancil tetapi kancil saya tidak berkepak. mengikut kata atok sedara saya kancil yang berkepak ini memerlukan minyak yang lebih untuk bergerak demi melawan rintangan angin. (good aaa my malay!) blog anda amat menarik. bersahaja. saya akan pastikan melawat blog anda di masa hadapan. sekian terimakasih. :-)

Tok Rimau said...

Kalau anak Kak Jah kahwin, jemput aku sekali. Kita turun rewang.

Korakora said...

nasib baik dia tak cakap pada kak bedah. nanti kak bedah balas, "hari tu pak we anak saya pun datang juga. siap datang dengan maid dia lagi. dia naik bmw. maid dia naik kancil!"

hana_kirana said...

hahahaha....

ibu kawan saya dulu juga menggalakkan dia untuk mendapatkan teman lelaki sewaktu kami di sekolah menengah. mujurlah ibu saya tidak begitu.

dith said...

lepas ni entry AJ bertajuk: BILA

Anonymous said...

Excellent, love it! Teen girls room furniture Balinese masked dance Pain relief drugs Covered butter dishes dishwasher safe acuvue sacramento toyota trucks Isuzu+amigo+part Solid oak kitchen tables hot tub dealers divorce in nevada Http images.nfl.com images levitra http://www.management-training-seminar-9.info adipex Oklahoma new england honeymoons Alabama accounting programs http://www.h26rcustomcabinets.info Zyban insomnia Texas holdem empire Information interracial relationship Lasik tulsa